Followers

Trip Pulau Tioman 2015

Wednesday, June 10, 2015

27-28 mei haritu sempat la ke pulau tioman. Saje ambil weekdays sebelum cuti sekolah. Sebab tak suka nak ramai orang sangat. Nanti nak buat aktiviti pun takde feel. Nampaknya pilihan i tu tepat sebab memang tak ramai dan seronok!

I ambil pakej rm450/per person. Siap semua termasuk ferry, resort, snorkelling trip dan makan. Yang tak termasuk sewa equipment untuk snorkelling and bayaran untuk taman laut. 

Bayaran masuk taman laut tu baru rm10 seorang. Sewa equipment pun tak mahal sangat. Sewa dari datang sampai balik pun boleh. Takde kira jam ke ape. 

So pakej i ambil haritu stay dekat Salang Pusaka Resort. Dapat bilik deluxe aircond. Memang terbaik!

Siap ada bathtub lagi. Ada balcony tempat lepak tengok bintang malam-malam. Sini bintang memang boleh nampak jelas dan cantik sangat la! Cuma bilik ni takde tv. I tak kisah sangat pun sebab takde masa nak tengok pun. 

Salang Pusaka Resort ni tak la betul-betul tepi laut. Tapi jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai dah laut. Bestnya duduk dekat area salang ni, air pantai dia landai. Tak dalam dan boleh snorkelling. Ikan banyak dan cantik-cantik! Coral pun lawa. 

Pantai area salang. 






Hari kedua pergi snorkelling. Boatman bawa 4 tempat. Memang cantik sangat! Disebabkan time tu memang tak ramai orang, jadinya kami berdua je dalam boat! Best okay. Ikut kami je la nak lama mana bagi setiap tempat tu. boatman layan je plak tu kan.







Boatman kata sejak 3 ke 4 tahun ni memang dah tak ramai orang datang pulau tioman kecuali cuti umum. Maybe orang pilih untuk bercuti luar negara or ke perhentian. Terus i rasa sedih. Sayang okay. Tempat cantik takde orang nak pergi.

I memang akan repeat lagi la datang tioman. Tapi maybe lepas ni stay dekat kampung tekek ke, kampung juare ke panuba in ke. Mana-mana la area situ. 






2 maklumbalas:

  1. MGDA said...:

    thanks for the info, macamni, kena amik cuti untuk honeymoon!

  1. chenta said...:

    Yup. Tioman cantik. Boleh jadi tempat untuk honeymoon