Followers

31 Disember 2013

Tuesday, December 31, 2013
Hari ini hari terakhir tahun 2013. So terasa nak tulis beberapa perkara yang berlaku dalam tahun 2013. Perkara yang baik dan buruk. Happy dan sedih. Supaya boleh jadi kenangan di masa hadapan. Kot2 terlupa ke kan. 

1. Melengkapkan 1 tahun perhubungan yang baru. Yang tak pernah cerita dalam blog ni rasanya. Harapnya akan terus lebih bahagia dan gembira. 

2. Terima anugerah khidmat cemerlang. Walaupun penilaian untuk tahun 2012, tapi dapat anugerah tu bulan April 2013. Alhamdulillah. Moga kerja lebih diberkati dan dipermudahkan oleh Allah. 

3. Dapat simon si kucing comel dan bijak sempena birthday bulan Mac tempohari. 

4. Dapat pergi Universal Studio Singapore (USS) dan Bali, Indonesia! Semoga rezeki bertambah. Amin!

4. Habis dah hutang loan masa kerja dulu. Yeay! Tapi tahun depan dah kena start bayar hutang PTPTN plak! Huuuu

5. Tahun yang paling aktif sukan. Badminton, bowling dan futsal! Futsal 1st time tapi ada gak dapat pingatnya walaupun kaki terseliuh teruk. Hahaha!

6. Keracunan makanan untuk pertama kali masa bulan puasa. Sampai kene ponteng puasa dan kene cucuk dekat bontot!

7. Dah berkurang migrain dan gastrik. Tapi kalau sakit terus kene cucuk! Sakit tau!

8. Kena ambil darah sampai 3 kali. Betul2  sejarah dalam hidup. Hanya kerana demam dan doktor takut suspek denggi. 

9. Lebih pandai dalam manage duit. Alhamdulillah

10. Start jual La Bourse untuk rambut dan VCOA dari Treenea. Alhamdulillah. 

0 maklumbalas: