Followers

Cerita ringkas trip ke Bali

Thursday, October 17, 2013
Buat pertama kalinya i ke bali tempoh hari. 30 september - 03 october 2013. Memang sangat-sangat indah! Memang rasa nak pergi lama dan nak duduk sana lama! Serius!

I tak boleh nak cerita panjang. Tapi i tulis benda-benda yang penting dan ape yang menarik perhatian i dekat sana. Moga boleh jadi panduan bagi sesiapa yang nak bercuti ke sana. 

- kalau boleh, ambillah flight siang. So siang tu boleh survey apa yang patut macam kedai ke apa. Sebab kalau ambil flight malam, memang tak sempat nak tengok. Esoknya sure akan busy ke tempat-tempat lain. 

- kalau yang 1st time datang. Ambillah supir. I ambil supir dengan pak isme. Tapi sepanjang dekat sana pak ujang yang bawa i. Supir tak mahal pun. Harga sangat berpatutan. I suruh ambil supir sebab for sure nak jalan sana sini kan. Cara pemanduan dekat bali agak mencabar ye. Memang akan selalu dengar bunyi hon sana sini. Tapi kalau yang dah banyak kali pergi, lepas tu just nak pergi jalan dekat-dekat, sewa aja motor. Sehari 30000 rupiah. Kiralah sendiri dalam RM ye. Hehehe. Tapi nak sewa motor mesti ada lesen!

- kalau jenis yang sosial, ambillah hotel dekat kuta atau legian. Malam sana memang meriah. Kalau jenis nak honeymoon, boleh ambil tempat selain yang i sebut tu. Bila nak book hotel, tengok sekali maps ye. 

- sepanjang dekat sana, i dah macam orang local je. Ramai ingat i orang jakarta yang datang bercuti dekat bali. Memang la i keturunan jawa dan kulit gelap sikit. Tapi untung tau. Tiket masuk banyak yang i dapat harga local. Separuh dari harga pelancong! Berbaloi tau

- tempat shopping yang biasa orang pergi adalah krishna. Tapi kalau nampak fridge magnet yang cantik orang jual dekat tanah lot ke, dekat pasar mana2 ke, beli aja ye. Sebab fridge magnet dekat krishna tak cantik. Tapi beli dekat tepi tu harus pandai tawar. Kalau boleh minta kurang separuh harga. 

- bawa universal travel adapter macam seperti gambar di bawah. Sebab sana memang guna plug macam ni je. 


- jangan lupa makan dekat ayam tulang lunak malioboro. Sedap!


     Cantik straw dia

- Dekat pantai kuta banyak anjing. Eh, sana memang banyak anjing

- nak naik teksi, kalau boleh teksi yang blue bird. Kalau teksi bali tu mahal. Lepas pandai2 tawar harga. Selalunya 30-50000 rupiah sekali naik. Untuk 1 teksi ye. Bukan 1 kepala. 

- mcdonal sana agak mahal. Pizza hut boleh tahan. Try pizza hut sana! 

- kebanyakkan orang sana memang pergi belajar pelancongan. So jangan terkejut kalau diorang pandai berbahasa melayu, korea, perancis, jepun, cina, thailand. Lepas tu diorang memang polite. Lagi-lagi yang kerja di restaurant orang shopping mall. Sangat bersopan santun

- sana banyak butik rip curl, roxy dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan sukan air. Ada yang mahal. Ada yang murah. Tapi lebih murah dari harga di malaysia. Serius!

- beli kacang disko dan pisang keju. Sedap!

- dekat uluwatu untuk tengok kecak dance. Sana banyak monyet! Hati-hati! Selalunya supir akan tolong jaga sambil pegang kayu untuk halau monyet. Kecak dance pukul6petang. Tapi pukul 5 petang dah start jual tiketnya. Untuk barong dance, start kul9.30 pagi. So kena gerak awal tau. 

- supir kata dekat sana takde peragut or pencuri. Orang sana sangat menjaga pelancong sebab pelancong la sumber rezeki dia. Jadi kalau ada yang nak meragut or mencuri, jerit kuat-kuat. Confirm orang sana belasah pencuri tu. Belasah sampai mati. Pastu polis datang ambil je mayatnya. 

- rumah or jalan or pape bangunan dekat sana memang tak boleh lebih tinggi dari temple diorang. Macam dekat brunei. Tak boleh lebih dari khubah masjid. 

 - air dekat sana rasa payau sikit. Erk! Maybe sebab air laut kot. 

- pergi massage setiap hari sebab sangat murah! Banyak sangat kedai massage dekat area kuta or legian. Pilihlah yang mana. Tapi i pergi smart spa. 

- banyak tempat kena pakai kain bila nak masuk tempat sembahyang mereka jika pakai seluar pendek. So taknak pakai kain tu, pakai la seluar panjang. 


     Ni contohnya. I pakai seluar paras lutut. So kena la pakai kain tu. 

- tak semua hotel adalah halal. Jadi kalau makan breakfast tu, tengokla elok-elok ye menunya. 

Ni je yang i boleh teringat sekarang. Nanti kalau i teringat, i tambah ye. I ada tulis setiap perbelanjaan i dekat sana. Perbelanjaan setiap hari termasuk shopping. Ada yang nak tahu ke?




0 maklumbalas: