Followers

Attitude peniaga yang hampeh!

Tuesday, August 06, 2013

Ini adalah kisah yang saya alami semalam. Deal dengan sebuah pet shop sekitar Melaka untuk buat grooming pada kucing saya, Simon. 

Dulu pernah hantar sekali dekat kedai ni, tapi masa tu walk in. Dilayan baik oleh adik dan ayah lelaki yang balas msg saya di atas ni. Layan dan servis yang bagus. Jadi saya tak teragak-agak untuk datang sekali lagi. 

Jadinya pada sabtu lepas saya deal dengan lelaki ini di fb pet shop tersebut. Saya tanya sama ada buka kedai atau tak pada waktu malam. Jawapan yang diberikan adalah buka. Dari pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Jadi saya mahu buat appointment untuk datang pada pukul9 malam hari Isnin. Tapi lelaki tersebut suruh saya datang pukul 8.30 malam dengan alasan grooming mengambil masa sejam dan takut lambat siap. So saya setuju saje dengan lelaki tersebut. 

Hari Isnin pagi saya confirmkan semula pada lelaki tersebut. Jawapan dia okay sahaja. 

So semalam memang saya rushing la berbuk sebab dah janji pukul830malam kan. Malangnya apabila saya sampai kedai, kedai tak buka. Saya whatsapp lelaki tu, dia kata kedai buka tapi pukul9 malam. Dia baru ontheway dari rumah dia. 

Masa ni hati saya dah membara. Kenapa masa memula saya buat deal, saya minta datang pukul9, dia kata tak boleh. Now dia sendiri datang lambat. Tapi saya tunggu juga sampai pukul915malam. 

Lepas tu saya terus balik sebab dah tak boleh bersabar. Ontheway balik, saya dapat whatsapp dari lelaki tu kata kedai dah buka. Masa tu pukul921malam. 

Terus saya balas whatsapp dia seperti di atas dan dia mula balas dengan cara biadap. Tiada kata maaf di atas kelewatan dia sebaliknya marah saya semula. Sekarang ni saya pelanggan ke dia pelanggan? Memang saya sangat2 bengang dan marah. 


Wahai peniaga, janganlah menganiaya pelanggan. Pelanggan tu kan rezeki. Tanpa pelanggan, macamana awak nak berniaga?  Sebelum berniaga, betulkan attitude tu dulu kalau attitude tak berapa nak betul. Kalau tak boleh tunaikan janji, jangan berjanji. Jangan buat orang tertunggu. Hampir 45minit saya menunggu. Macam2 perkara saya boleh buat dalam masa 45minit tu. kalau tak boleh buka kedai, bagitahu terus terang. Saya boleh je faham dan cari kedai lain. Saya juga perniaga, tapi saya seboleh-bolehnya melayan pelanggan saya sebaik mungkin. 


Saya memang sangat kecewa dengan orang macam ni. 





0 maklumbalas: