Followers

Resepi Oreo Cheese Cake

Thursday, March 14, 2013
* Entry seperti yang diminta

I pernah post pasal Oreo Cheese Cake (klik) yang i buat.

Dalam entry tu ada letak link blog sis Sherah punya resepi. Malangnya blog sis Sherah tu dah takde. So resepi pun takdela. Jadi ada yang bertanya pada i resepi Oreo Cheese Cake tu. Nasib baik i ada copy dekat  Microsoft Word. So i repost je la dekat sini semula ye. Credit untuk sis Sherah.



resepi oreo cheese cake

bahan bahan yang diperlukan

  
dutch lady fresh milk 80 ml needed
butter 50g
oreo 2 paket 
cream cheese Philadelphia 250g
whipping cream 100ml
gula perang 1 tablespoon
gelatine halal 1 tablespoon + hot water 40ml
gula halus 1/2 cawan

*we are using this kind of whipping cream and cream cheese
tapi korang bebas nak guna any brand. just make sure you guna amount yang betul


so lepas dah ada semua bahan bahan tu, korang akan start buat bahagian bawah dia dulu. i mean that crust bawah dia. and ada bahagian top dia kan. so we will separate the part A and part B ingredients okay :)

ingredient part A
butter 50g
2 packet of oreos and leave 7 pieces for part B
gula perang 1 tablespoon


so butter ni tak payah meltkan sangat just make sure dia lembut and senang nak lenyek lenyek je




kemudian korang gunakan 2 paket oreo tu tapi make sure korang tinggalkan 7 keping oreo lagi
untuk letak kat atas kek tu bila dah siap and untuk blend dalam part B nanti.

so korang akan
keluarkan krim putih yang ada dalam oreo and asingkan dia.
so dalam part A ni korang akan guna only the cookies. korang akan crust/
hancurkan oreo tadi into tiny tiny pieces. so nanti bila nak buat bahagian bottom crust dia dapat dimampatkan. mampat?ah pedulik. bahasa masak orang bujang memang macam ni kot. ke aku je? LOL kalau makcik aku baca ni malu je. mampat lah lenyek lah. haha


haa hancur into tiny pieces taw. so bila dia dah hancur macam pasir kat pantai pantai tu haa korang boleh lah masukkan butter tadi. tapi makcik aku kata kalau nak masukkan biskut lain pun boleh untuk tebalkan lagi bottom crust oreo tu nanti. mula mula kakak aku beli biskut marrie but then bila dia dah hancurkan jadi tak lawa pulak kek tu nanti sebab warna biskut marrie kan bukan hitam so tak cantik lah masukkan dengan oreo yang warna hitam kan? see the pisture above* so kalau nak campur boleh lah campur chocolate biskut ke apa. yang warna dia hitam. :)

haa lepas dah gaul sama rata oreo tadi, korang pun masukkan satu sudu besar gula perang. lepas tu kacau lagi kacau lagi kacau lagi kacau lagi lagi lagi. lepas dah sebati semua semua kan kan. haa dah boleh masukkan dalam bekas kek lah kan. then mampat mampatkan part A yang dah siap tu tadi. make sure mampat betul taw kalau tak tak jadi. KOT? entah. alaah mampatkan je lah. :P


so sebab masukkan biskut marrie dia pun jadi macam ni
kesimpulannya tak payah masukkan additional cookies :P
tapi kalau nak boleh je. make sure dia warna hitam jugak lah macam warna oreo
so lepas tu korang
masukkan dalam peti ais selama sejam.
Ingredients Part B
cream cheese 250g
fresh milk 80ml
1/2 gula
1 tablespoon gelatine + 40ml air panas
krim oreo yang dipisahkan tu
whipping cream 100ml

inilah rupa cream cheese tu. waahh boleh telan air liur sekarang untuk kipas susah mati cheese.
aku?tak kot. biasa biasa je sebab cheese ni menggemukkan. pfft haha tak lah sebab cheese ni cepat muak lah
kan? aku cisdel tu pun aku tak boleh makan. ei memang tak reti makan cheese. aku layan sambal belacan je. biasa lah orang kampung. ish ni nak memasak ke nak membebel. dah dah..
haa lepas tu lenyek lenyek lah cheese ni. dia memang tak keras macam butter. dia lembut je so senang lah nak lenyekkan cheese ni. make sure takde ketulan bila korang gaul gaul nanti ya.


lepas tu sambil sambil korang tengah lenyek lenyek kacau kacau
korang boleh masukkan 80ml dutch lady milk
just like the picture above. :)


sambil sambil kacau susu campur cream cheese tadi haa masukkan 1/2 cawan gula lepas tu
kacau lagi kacau lagi.


ambil 1 tablespoon gelatine campurkan dengan 40ml air panas.
tapi gelatine ni dia akan melekat taw so kacau betul betul and every bits of gelatine make sure masuk.
woah perfectionist gila bab masak. haha sikit pun tak boleh lari dari sukatan :P 


okay lepas dah kacau sebati sebati kan. masukkan krim yang korang korek dari oreo tu.
masukkan then kacau lagi. :) 


lepas tu bila dah sebati, korang hancurkan tiga keping oreo yang korang tinggalkan tadi untuk masukkan dalam part B ni. tinggalkan 4 keping lagi untuk bahagian topping dia. *refer gambar result dia nanti


so lepas dah sejam korang boleh keluarkan part A tadi dari peti ais and masukkan elok elok part B ni dalam bekas kek tu. just like the picture above. so jadi lah macam tu. haa lagi 4 keping oreos tu boleh lah letak kat atas dia. and yes. kepada ANON yang tanya bila letak topping 4 keping tu dia tenggelam ke tak,
erm dia tak tenggelam sebab dia tak cair pun dia macam air tapi pekat jugak lah so jangan risau kalau oreo tu tenggelam ke apa :P



hah lepas tu tunggu lah dalam 4 5 jam dalam peti ais. bukan freezer tempat beku ikan tu ya.
dah siap dah oreo cheese cake ni. yang bestnya sebab tak payah bake pakai oven langsung
*student yang kat kolej ada peti ais macam kolej aku kat ukm tu. haa boleh lah buat
nak bagi boyfriend ke. bagi beruk beruk ke kan?ukm kan suka ternak beruk beruk kan
guna peti ais pun boleh. and the result is more tempting then secret recipe. *wah yeke :P 
ya lah. sebab iini bukan secret recipe semua orang dah tahu. kos buat kek ni cecah dalam RM30 je
kalau beli one whole oreo cheese cake how much? RM75 or RM80 kot kan? you get two of these cakes.
baik buat sendiri kan. lagi best :)





2 maklumbalas:

  1. znd said...:

    kak, if using low fat milk tu bole ke ? thanx

  1. Krim emborg halal ke ??