Followers

Tak Perlu Buka Pekung Sendiri

Friday, March 08, 2013
Pandangan.

Entry ini memang berkenaan dengan pandangan aku. Bukan siapa-siapa melainkan aku.

Kisah seorang kawan.
Aku beri gelaran si cantik

Berputus kasih setelah lama perhubungan dipupuk.
Bekas kekasihnya berkasih pula dengan kawan sendiri.
Aku beri gelaran si jelita

Dari pemerhatian aku, rasanya dengan pantas hubungan baru itu terjadi.
Sangat pantas!

Aku tidak mendengar kisah kedua-dua pihak.
Aku memang tidak mahu ambil tahu.
Buat apa mahu ambil tahu hal orang.
Hal sendiri pun pening aku nak fikir!

Hal putus kasih itu agak lama berlaku.
Tak pasti berapa lama.
Takpe. Itu tidak penting.

Tapi baru-baru ni aku melihatkan pergaduhan.
Di mana si jelita tidak berpuas hati dengan si cantik.
Aku tak pernah lihat si cantik memburukkan si jelita.
Tapi bila aku melihat si jelita menulis itu dan ini.
Aku rasa macam, "eh, kau ni buka pekung di dada sendiri ke?".

Aku bukan mahu ambil tahu.
Macam aku tulis tadi.
Tapi kalau apa yang ditulis si jelita itu, memang terbaca oleh mata ku ini tanpa boleh dielakkan.
Dia menulis di laman sosial.
Semua orang boleh baca.

Haish, aku memang tak tahu kisah korang.
Jadi tak perlu nak buka pekung di dada sendiri.
Okay?





0 maklumbalas: