Followers

Bekas kekasih

Friday, March 08, 2013
Sejak putus dengan capital C.
Tak pernah aku nak cerita kenapa aku putus dengan dia.
Tak kisah la dekat facebook or twitter or blog.
Aku cuma cerita dekat kawan-kawan rapat sahaja.

Tapi sejak putus tu.
Macam-macam aku dengar orang cerita pasal aku.
Macam-macam gelaran aku dapat.

Ratu airmata.
Drama queen.
Meroyan macam budak-budak.
Dan macam-macam lagi.

Sejak tu juga aku dapat banyak hater.
Haters yang tak tahu pun kisah aku dengan C.
Yang tak tanya pun apa hal antara aku dengan C.
Alih-alih je terus buat cerita, terus tak suka.

Aku tak kisah pun orang nak benci aku ke, tak suka dekat aku ke.
Aku tak kisah pun.

Entry ni aku cuma nak bagitahu kisah sebenar yang berlaku antara aku dengan C.
Khusus pada mereka yang tidak tahu tapi buat anggapan macam-macam.

Antara aku dengan C.
C yang tinggalkan aku.
Puncanya bila aku dapat tahu yang dia berhubung dengan ex dia yang dia dah putus 6 tahun dulu.
Aku dapat tahu pun lepas sebulan dia dah berhubung balik dengan ex dia.

Bila aku dah tahu, confirmla aku marah.
Kalau korang pun mesti marah, kalau kekasih kau tak jujur dengan kau.
End up, C pilih untuk tinggalkan aku dan pergi pada ex dia.

Masa tu la aku mula meroyan.
Memang aku mengaku aku meroyan dekat twitter n facebook.
Memang aku sedih sangat-sangat.
Orang yang aku sayang sangat-sangat, akhirnya pergi pada orang lain.
Kat mana je aku tak menangis.
Dekat opis, carpark, rumah, toilet. 
Memang aku tak boleh nak kawal kesedihan ni.
Masa ni jugala housemate aku tahu siapa aku sebenarnya.

Bulan Mac, C pergi tinggalkan aku.
Bulan April, dia datang balik pada aku.
Dia minta untuk aku terima dia tapi dalam masa yang sama, dia ada orang lain.
Bulan Mei, C bertunang dengan bekas kekasih dia.
Masa ni aku jatuh semula. Sampai aku terpaksa ambil EL beberapa kali.
Bukan perangai aku untuk ambil EL sesuka hati.
Tapi masa ni memang aku rasa hati aku ni hancur berdebu.

Akhirnya...
Bulan November, C selamat melangsungkan perkahwinan dia dengan ex dia tu.

Kisah ni berlaku hampir setahun yang lalu.
Kalau tak silap aku, minggu depan la genap setahun.
Aku sekarang pun dah stabil.
Malah dah bahagia dan happy semula.
Terima kasih pada yang berkenaan. Yang buat aku rasa bahagia dan happy semula.

Pada C, saya sentiasa doakan kebahagiaan awak sampai bila-bila.
Dalam hati saya, dah takde rasa marah, kecewa atau sedih pada awak lagi.
Semuanya dah hilang. Terima kasih untuk segalanya.

P/S : Aku tulis entry ini tidak berniat untuk memburukkan sesiapa, aku cuma cerita kisah yang sebenar. Kalau ada yang terasa, maaflah ye.








5 maklumbalas:

  1. Arjuna said...:

    :)

    kadang kala mulut orang lain kite takleh nak tutup u.

    kadang2 senyuman jelah boleh diberikan even kita tahu bukan salah kita pon

  1. chenta said...:

    i okay je walaupun i dengar macam2 orang cerita pasal i dekat belakang.

    dah namanya manusia kan? :)

  1. Arjuna said...:

    betul manusia susah nak jangka

    gpon kalau kita tak wat salah buat pe nak ikutkan sangat mulut orang kan

  1. Ash Desh said...:

    sama kesahnye ngn ash.. hmm how to be strong ek..

  1. chenta said...:

    how? i pun tak tahu macamane i boleh kuat.
    cuma masa je yang tentukan segalanya