Followers

KELABU by Nadia Khan

Wednesday, January 25, 2012
Hari ini, ku punya ruang dan waktu untuk mencoretkan sesuatu di blog yang makin jauh dariku ini. Bukan kerana sudah membenci lalu menjauh, tetapi lebih kepada kesempitan waktu yang semakin menghambat kehidupan seharianku..

Wah!Intro yang sangat asing bagi diriku tapi sejujurnya memang aku yang menaipnya sebentar tadi!Hahah. Dah.Jangan nak merepek2. Back to normal. ;)


KELABU



Pertama kali i terpandang buku ni dekat rak buku kedai Popular. Tapi masa memula tu, just pandang aje. 2nd time i datang the same bookstore, i baru mula baca sinopsisnya. Terus menarik perhatian i untuk tau apa isi buku tu sebenarnya. Tapi i tak beli pun untuk kali kedua itu. Nak tau kenapa? Sebab buku tu tak macam novel yang selalu i beli. Keluaran plak Fixi yang terlalu asing dari novel2 i sebelum ni.

Tapi instinct i pada buku itu terlalu kuat, dan kali ketiga i pergi bookstore yang sama, i terus sambar KELABU dan bayar tanpa perlu berfikir lagi.

Seperti apa yang dijangka, buku itu memang seperti yang i fikirkan melalui pembacaan sinopsisnya. Eventho pada masa itu, i baru baca beberapa muka surat dari KELABU, i dah mewar-warkan kepada rakan-rakan di FB dan Twitter untuk beli buku ini. Dan nampaknya ramai yang membeli juga hasil dari promosi i tersebut!Yeay!Agak2 boleh jadi jurujual tak i? :P

Ramai yang bertanya mana nak beli buku tu, mana nak beli online, ape cerita di dalamnya, dan macam-macam lagi.

Di awal pembacaan, buku ini sungguh membuai perasaan i. Alam percintaan itu memang indah kan?  ;) Hinggakan i berangan sekiranya i pun mendapat layanan seperti Jun (watak si gadis cantik di dalam novel)!Indahnya!

Hinggakan i bawa kawan-kawan i pergi ke salah satu tempat yang ada di dalam buku ini selepas i habis membacanya.Hahaha. Sungguh terkesan la!

Di pertengahan, apabila pergolakan berlaku, hati i mula diruntun sedih. I memang sangat sensitif dan ada part dalam buku ni yang buat i menangis. Berfikir tentang kehidupan dan masa depan. Andai kita kehilangan seseorang yang pernah hadir rapat dalam hidup kita. Andai kita terlepas satu-satunya peluang yang kita ada yang akan mengubah kehidupan kita seluruhnya. Memang menyentuh perasaan i.

Tapi for me, endingnya agak ringkas. Mungkin akan ada sequel dari penulisnya. Mana tahu kan?

So sesiapa yang masih belum berpeluang untuk membaca buku ini, sila la baca. Sesiapa yang dah baca, marila berkongsi pendapat anda tentang buku ni dengan i ;)

3 maklumbalas:

  1. Neddo Khan said...:

    thanks for the review =) sekuel? hmm.. mungkin.. jika permintaan memberangsangkan.. hehe.. glad you liked it! dan terima kasih kasih sebab jadik jurujual tak rasmi =p

    - Neddo Khan

  1. chenta said...:

    hye penulis KELABU..thanks for the comment..malu plak bila penulisnye sendiri memberikan komen di sini ;P

  1. Lyzx Azil Shah said...:

    Saya baru je baca. Nice job nadia. Hope akan menghasilkan lagi novel-novel yang seangkatan dengan novel ini.