Followers

Aku sakit hati dengan Mc Donald!

Saturday, December 31, 2011
Siapa kat sini biasanya nak beli happy meal sebab sukakan mainannya? Tapi bila beli, dapat mainan lain dengan alasan mainan yg kita nak tu dah habis?

I selalu hadapi hal ni. Dah berkali-kali rasanya pekerja Mc Donald tu tukar mainan lain sebab alasannya dah habis. Padahal i selalu beli happy meal sebab nak mainan je pun.

I cerita kes i yang buat i marah sangat dengan teliti k.

Dalam tahun ni ada la 7kali i beli happy meal Mc Donald. I beli pun sebab nak mainan tu. Even i tau kita boleh beli mainan sahaja, tapi i saje je beli happy meal. Sebab boleh dapat mainan dan makanan. Tapi dalam 7 kali i beli tu, hanya 3kali sahaja yang i dapat mainan yang i nak. Selebihnya dapat mainan lain yang dah out of session dengan alasan dari pekerja Mc Donald, mainan yang i nak tu dah habis stok. So diorang terpaksa bagi mainan lain. Masalahnya masa i ambil order, diorang tak bagitahu plak mainan tu dah habis. Tapi bila nak bagi, baru bagitahu yang mainan tu dah habis. I pulak jenis drive thru sahaja. Malas nak makan kat mc donald tu sendiri. Jadinya i memang tak tau la mainan tu ada ke tak jika pekerja tu tak bagitahu i. So salah siapa di sini???

Bila i selalu dapat mainan lain, i jadi bengang la kan. I tanak mainan tu. So pekerja Mc Donald tu cakap dengan i, kalau i tanak, nanti bila ada mainan baru keluar yang i suka, i boleh tukar dengan mainan yang i tak suka tu. So i okay la bila dia cakap macam tu. I pun simpan je mainan yang i tak suka tu dalam kereta. I tak buka pun tau. I simpan je sebab dengan harapan nak pergi tukar la nanti. Pekerja tu cuma cakap i boleh tukar tanpa bagitahu syarat-syaratnya. I pun tak tanya la ada syarat ke apa. Sebab mereka senang-senang je tukar mainan i, so i ingat kita sebagai PELANGGAN, senang-senang la nak tukar mainan yang kita nak nanti. Kan? Kita pelanggan kan?

Tapi....

Ada yang mengecewakan i hari ini. Tadi i pergi drive thru mc donald. Then i nak tukar la sekali mainan yang i tak suka tu dengan mainan baru sekarang iaitu Alvin and the geng. Tapi masa i nak tukar tu, pekerja tu minta i resit masa i beli makanan dan mainan tu. Dia minat RESIT okay!Confirm la i tak simpan resit-resit dah lama tu dan diorang pun tak bagitahu pun dulu yang i kene simpan resit.

I tak puas hati la kan. So i cakap dengan pekerja tu, i mana ada resit. Lagipun tak cakap pun dulu yang i kene simpan resit pembelian kalau nak tukar mainan tu. Lepas tu pekerja tu cakap, dulu tak perlu resit, tapi now manager bagitahu ada undang-undang baru. Kalau nak tukar kene ada resit. Macam kita beli barang lain la kan. Nasib la masa tu i drive thru, kalau tak memang i nak sangat jumpa manager tu!

Masa i beli dulu, diorang SENANG-SENANG je tukar mainan pelanggan tanpa bagitahu awal mainan tu dah habis. Now PELANGGAN nak tukar dengan SENANG-SENANG macam diorang buat dulu, tak boleh plak. Siap kene ada resit semua. So mana HAK kita sebagai PELANGGAN???

Memang la benda ni macam kecik dan simple je kan. Tapi Mc Donald tak boleh la buat macam tu. Even nak buat syarat baru sekali pun, tampal la syarat tu kat tempat drive thru dan kat kaunter order. Biar pelanggan boleh baca dan tahu dengan jelas. Jangan nak buat syarat tiba-tiba je dan tak bagitahu kat mana-mana. Then masa dulu i beli, tak bagitahu pun kene simpan resit, now minta resit plak. I paham la kalau nk buat syarat baru sekali pun, tapi dalam keadaan i ni, benda tu tak boleh apply la kan.

So totally i sebagai pelanggan memang bengang dan sakit hati dengan Mc Donald hari ini!

2 maklumbalas:

  1. Queen said...:

    pernah nakbeli menan mcm ni jugak..tapi kat kaunter...

    bile dha key in..pastu mas adie nak bagi menan..kita cakapla tak nak la..tu bukanmenan saya nak...sosaya nak cancel taknak la set tu..amik setbiasa.. dah satu hal die tak bagi cancel..huhu....walhal belum bayar lagi...huhu..

  1. darkangel said...:

    ai tak berubah lagi budak kecik ni..still dengan happy meal..haha