Followers

Johnny English Reborn

Saturday, September 17, 2011
Cerita ni keluar kat panggung wayang di malaysia 15 september 2011. I pun tengok cerita ni pada 15 september  2011 kat Mbo Melaka Mall. Cumanya i tengok malam. Panggung memang full sampai depan2 orang duduk. Padahal ada beberapa panggung kat MBO tu yang buka serentak gak masa untuk cerita Johnny English Reborn ni..

Bagi i, i bagi cerita ni 5/5 stars! Sangat best dan menghiburkan. Dari mula cerita sampai penghujung i gelak je. Bukan i je gelak, tapi satu panggung gelak. Lelaki belakang i ketawa bukan main terbahak-bahak.. Serious lawak!

I dah tengok thiller dia dah lama dah. Tapi masa tu versi sepanyol je. Lama gak i tertunggu-tunggu cerita ni keluar kat Malaysia. So bila keluar je, terus la i pergi tengok.

Kalau uols tengah berfikir-fikir nak tengok cerita apa weekend ni, i cadangkan tengok la cerita ni. Tapi pastikan tengok sampai habis. Sampai keluar semua nama pelakon, lokasi, lagu, penerbit semua tu. Tengok sampai hujung sebab nanti lastnya ada tayangan khas. I memang selalu keluar panggung lambat sikit. Jadinya i dapat la tengok. Tapi masa tu tinggal beberapa orang je dalam panggung. Yang keluar awal semua tak la dapat tengok... Rugi oo!



Muka ni nampak tua kan? Dalam cerita ni la i dengar suara dia.



0 maklumbalas: