Followers

Kawan dan Cinta

Friday, June 03, 2011
Hari ni entry tak serius macam isu semasa tapi sering kali berlaku di sekeliling kita..

Situasi Pertama

Sejak Ali bercinta dengan Aminah, ke mana sahaja mereka berdua aje. Buat pape pun berdua. Orang sekeliling dah tak hirau dah. Kawan pun takde sebab mereka rasa mereka berdua je kat dunia ni. Tapi bila jodoh tak berpanjangan, Ali dengan Aminah ni putus. Bila putus, masa tu la baru nak cari kawan. Baru nak mengenal erti persahabatan. Baru sibuk la nak join kawan buat pape. Ingat kawan nak layan ke?? Bila dah hilang cinta, baru nak cari kawan.....

Situasi Kedua

Ahmad bercinta dengan Suzie. Tapi diorang bercinta tak macam situasi pertama tadi. Diorang still ingat pada kawan. Still ada masa untuk kawan dan ada masa untuk pasangan. Means lunch dengan kawan, dinner dengan pasangan. Gitu la. Kawan-kawan diorang contohnya Mamat, Nora, Adam dan sebagainya la.. Banyak la ni kawan. Tapi jodoh Ahmad and Suzie ni pun tak panjang. Mereka berdua ni putus. Yang Suzie mesti la mengadu kat Nora dan kawan-kawan perempuannye, mengapa dia putus dengan Ahmad. Si Ahmad pun mengadu dekat kawan lelaki. Yelah...masing-masing nak lepaskan kesedihan mereka.. Tapi yang tak bestnye, bila kawan-kawan pun mula menyebelahi pihak masing-masing. Last-last si Mamat dan Adam taknak kawan dengan Nora. Nora pun macam tu. Dah terputus plak hubungan kawan. Padahal Ahmad dan Suzie putus cinta. Kawan-kawan pun terjebak sama.

Kalau hubungan kawan tu dah lebih belasan tahun. Mungkin Ahmad, Suzie, Mamat, Adam dan Nora ni satu kelas. Disebabkan kes putus cinta Ahmad dan Suzie, hubungan persahabatan pun putus..


Dalam hidup i, i dah alami kedua-duanya. Tapi i menjadi kawan pada kedua-dua situasi ni. Untuk situasi kedua, bukan i yang putuskan persahabatan, tetapi kawan yang putuskan. Mungkin dia tak boleh terima i kawan dengan ex dia, or tak boleh terima i kawan dengan ex dia punye kawan. Paham tak? Tak paham, cuba la paham kan...

I tak paham ek..  Kenapa nak putuskan persahabatan atas disebabkan masalah cinta hal orang lain. I betul-betul tak paham. Yang kes orang lain tu, biar la kes dia. Kita nak terjebak sekali buat ape kan?

Kenapa bila bercinta, mula lupakan kawan. Bila dah putus, baru nak cari..Pastu yang dah buang kawan sebab cinta tu..Tak malu ke ek nak cari kawan balik lepas uols buang kawan macam tu??

Erm...i cuma berharap i takkan jadi macam situasi-situasi kat atas tu...Biar orang buang i or putuskan persahabatan dengan i. Tapi i takkan sesekali buang orang or putuskan persahabatan dengan orang. Sebab hidup kita ni macam roda. Suatu hari nanti, orang yang kita buang tu la yang bantu kita tanpa kita sedar. Masa tu baru nak termalu sendiri.. Itu pun kalau sedar la kan...

4 maklumbalas:

  1. erin zuraini said...:

    sy pernah alami kes yg pertama...

    kawan la yg kapel...br beberapa bulan kapel dah x hiraukan kami yg dye dh kenal bertahon2....

    sgt sedih kot...skunk nie kami dah x rapat mcm dl...

    dye ngn idop dye n saye ngn idop saye...

  1. Cik Cinderella said...:

    Sye dan partner dalam situasi pertama. Maybe kami pun dah lama bersama and pada waktu ni jumpe kawan pun semua yg jenis chipsmore or suke cakap belakang or yg lagi teruk, tikam org dr belakang

    In the end, kami cume ade each other to rely on :)

    Kawan tu still kawan, cuma ade hadnya la. Better lebihkan partner or family members, sbb susah sng bersama

  1. chenta said...:

    erin : erm...itu bese la...takpe..crk kwn lain ^__^

  1. chenta said...:

    cik cinderella : mmg kite kene lebihkan partner and family members...

    yg situasi pertama mcm diorg berdua je kat dunia ni..tak peduli sesiapa pun...

    mcm kes u, u still ada kwn juga kan..still ada hang out dgn kwn...tp dlm yg i cite tu, diorg mmg hidup berdua je...itu yg tak bestnye...