Followers

Bulu ketiak

Wednesday, June 01, 2011
Memula minta maaf dulu kot-kot la ada terasa dengan entry ini ye.. I sekadar berkongsi apa yang patut k.. Dont hurt hurt feeling..Hahaha!

"Rasulullah SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu-bulu ari". (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .
So jelas la tertulis yang kita kene cabut bulu ketiak kita kan? Tapi bila i search ada yang kata sunat. I tak tahu sangat pasal hukum berkaitan cabut bulu ketiak ni. 

Selalunya lelaki yang ada banyak bulu ketiakkan? Konon macam macho la. Tapi ada juga lelaki yang menjaga kebersihan, yang mana bulu ketiak memang takde la. Bukan la i kata lelaki ada bulu ketiak tu tak jaga kebersihan. Diorang jaga tapi bukan pada bahagian ketiak diorang. Mengerti kan maksud i? Bukan lelaki je ye yang tak cabut bulu ketiak, perempuan pun ada. Ini benar..

Semalam masa i pergi barang, ada la seorang perempuan ni. Dia pakai baju lengan pendek, then dia pakai sarung tangan untuk tutup dari pergelangan tangan hingga ke siku sebab dia bertudung. Okay la kan macam tu. Tapi lengan baju dia tu agak luas tau. Masa tu tengah pilih-pilih tudung. Bila dia angkat tangan dia, memang senang sangat nak nampak ketiak dia. I pun terpandang dan nampak la yang ketiak dia ada banyak bulu. Ini bukan sekali i pernah nampak, tapi banyak kali. Tak kisah la yang bertudung or tak. Kadang kala tu nak pakai seksi, pakai baju takde lengan , tapi ketiak dia.. Tak selera nak pandang. 

Sebenarnya kita memang kene jaga kebersihan ketiak kita. Setiap orang pasti berpeluh dan ketiak adalah kawasan yang kerap mengeluarkan peluh. Kalau ada bulu kat situ, ia akan menyebabkan kawasan tu menjadi lembap dan busuk. Orang kalau duduk sebelah kita masa kita berpeluh, mesti akan bau bauan dari ketiak tu.. Macam tak best plakkan orang bau ketiak kita yang busuk tu. I pun tak suka nak dekat dengan orang macam tu. Jadinya tak kira la anda lelaki ke perempuan ke, cabut la bulu ketiak tu ye. Macam sabda yang i tulis kat atas tu. Sekurang-kurangnya dalam masa 40 hari tu mesti ada cabut. Kebersihan diri mesti dijaga untuk mengelakkan mendapat penyakit. ^__^

Kalau ada yang terasa, i minta maaf k. 



Geli tau i tengok.. Tercemar dan blog i ni..Huu.. Gambar sekadar hiasan ye ^__^



0 maklumbalas: