Followers

Breast Cancer

Friday, June 24, 2011
Tadi waktu lunch, i dengan beberapa opismate pergi Hospital Muar. Melawat seorang sister (bukan kakak, tapi staff nurse yang dah nak pangkat menjadi sister). Sr tu dulu kerja kat jabatan i. I memang agak rapat juga dengan dia. Dulu staff perempuan tak ramai. Jadinya pagi-pagi bila dia datang, kami terjumpa, mesti i akan samlam dia then dia peluk i macam anak dia. Bila raya, dia buat open house, mesti dia jemput i. Bila dia dah tukar tempat kerja pun, dia ada call i tanya khabar. Dia memang baik sangat. Selalu bagi nasihat tentang kesihatan pada i.

Tapi i tak sangka bila dapat tahu yang dia sekarang terlantar sakit breast cancer. Dah sampai end stage! Ya Allah...Sedih sangat-sangat masa i melawat dia tadi. Dia dah tak boleh cakap, tak boleh makan, susah nak bernafas. Kami nanges, dia pun nanges. Memula breast dia belah kiri yang kene. Dalam masa seminggu, dah merebak ke belah kanan. Ya Allah, besarnya dugaan untuk dia.

Sekarang ni doktor kata, badan dia dah tak boleh terima ubat dan tak boleh buat terapi lagi sebab dah peringkat akhir. Dah takde pape lagi yang boleh dibuat. Tunggu masa je. Masa nak balik, i minta maaf dengan dia, doa dia semoga sembuh, menitik airmata i ni.. Sedih sangat-sangat bila tengok orang yang baik dengan kita, terlantar sakit macam tu.. T__T




Semoga kita dijauhkan dari segala penyakit.. Amin...

4 maklumbalas:

  1. ~ Arez-Leen ~ said...:

    officemate i pun baru2 ni meninggal pasal breast cancer ni...cerita dia i dah tulis kat entry i...

  1. Nurul Jannah said...:

    sedihnye kak..pastu kene operate ke?

  1. chenta said...:

    Arez-Leen : i takot kematian tu berlaku...tp mungkin juga..sbb dia dah takde peluang ;(

  1. chenta said...:

    nurul : sedih sgt2...tak boleh buat pape lg..operate pun tak boleh...