Followers

Akhirnya Kerja Yang Dilakukan Mendapat Pujian

Thursday, June 09, 2011
Hari ni mood kerja memang best sangat. Sebabnya pagi-pagi dah dapat pujian yang memberangsangkan. Pujian ni memang sangat membantu dalam mood dan kehidupan kita kan??

Pagi tadi bila buka email, ada seorang pihak atasan i memuji hasil kerja i. Sedangkan dulu masa mula-mula dia mula berkhidmat kat pejabat i ni, dia la orang yang selalu downkan i, selalu attack i dalam meeting, ada je benda berkaitan dengan i yang tak kena pada mata dia. Sampaikan i sangat stress, jatuh sakit dan asyik terfikir untuk pindah ke jabatan lain. Memang rasa down sangat sebab selama i bekerja kat jabatan ni, bertukar bos sebanyak 2kali, tak pernah i rasa down macam tu. Tapi bila dengan dia, memang rasa down sangat.

Lama kelamaan bila disiasat, rupanya ada yang menjadi batu api. Orang yang tak suka pada i, telah memberikan kata pembukaan pengenalan tentang i pada pihak atas tu. So pihak atasan tu plak percaya bulat-bulat sebab dia anggap yang menyampaikan berita tu telah kerja lama di pejabat ini. Sedangkan i yang lebih lama. Masa tu Tuhan je la tau apa yang i rasa. Tapi i masih diam dan cool even anak buah i suruh i jumpa pihak atasan tu untuk bersihkan nama i. I percaya yang on day, kebenaran akan terbukti juga.

Dan kebenaran pun dah terbukti. Nama anak buah i pun dah bersih lepas dia tolong pihak atasan tu selesaikan task besar yang menjadi tanggungjawab dia. Now i plak sedang membantu pihak atasan tersebut. Dia pun berpuas hati dengan hasil kerja i. Itu yang dia puji. Alhamdulillah.....

So conclusionnya, jangan terlalu cepat menilai orang dengan hanya melihat luaran dan mendengar kata-kata orang lain sahaja. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cintakan? ^__^

1 maklumbalas:

  1. Blues ^aku said...:

    Setuju sangat! i penah dalam situasi u taw. tapi kan kan i di puji dalam meeting ketua pengarah sampai kan satu pengarah lain malu taw.ngeee
    usaha tangga kejayaan