Followers

Trip Ke Singapura!

Tuesday, May 24, 2011
Cerita ni dah lapuk sebenarnya...

Masa cuti hari pekerja yang lepas, my lovely sister and i telah pergi ke Singapura. Itu kali pertama la i pergi sana. Tapi my sister dah pergi banyak kali. Cumanya ini kali pertama pergi naik pengangkutan awam iaitu bas! Yeay!! ^__^

Kami naik bus dari Terminal Kotaraya II. Bukan naik dari Larkin sebab dekat kotaraya ni banyak bus yang ke Singapura. Tapi masa tu kami naik bus SBS Transit 160 yang ke MRT Jurong. Kalau naik dari Terminal Bus Larkin, naik la SBS Transit 170 yang akan ke MRT Kranji. Tapi masa i naik SBS 160 tu, i cakap je nak ke MRT Kranji. Tambangnya adalah RM1.20 dan simpan tiket ni ye. Bila naik bas awam ni, kena dua kali turun naik bas tau. First bila kat imigresen Malaysia, second kat Singapura plak. Sebab tu even anda kata anda nak ke Kranji, anda still boleh naik bus SBS 160 pada awalnya sebab nanti lepas anda check passport kat Imigresen Malaysia, anda kena tunggu bus semula tau. Time ni boleh la naik bus SBS 170 punya. Masa nak naik tu, tunjuk la tiket tadi. Paham kan? ^__^

Sebenarnya tak kisah la berhenti kat mana pun. Asalkan dekat dengan MRT. Kat Singapura, paling mudah naik MRT la. MRT ni lebih kurang macam Komuter dan LRT kat Malaysia ni. Tapi jadual masanya cepat dan pantas. ^__^

So bila kami sampai kat MRT Kranji, abang ipar i dah bagi i card macam touch n go tu, terus kami pergi reload kad. I dengan akak i reload SGD10. Sepanjang naik MRT, i guna kad tu je. Mudah! I tak tahu harga kad tu sebab abang ipar i bagi kan. Tapi ada orang kata kalau kita tunjukkan passport kita, kita boleh beli kad full access dengan harga SGD8. Means kita boleh pergi naik MRT tu ke mana sahaja dengan free guna kad tu. Tapi i tak cuba so tak pasti sangat la. Kalau uols pergi, uols try la buat k. I reload SGD10 tu pun tak habis sampai i balik ke Malaysia. Balik ke Malaysia, naik bus pun i guna kad tu je. Mudah!


Tengok ni macam details sangatkan?


Ni ok sikit. I pun refer map ni. Anda mesti usha ni dulu kalau nak naik MRT kat sana. Kang nanti sesat plak. Hehehe. 


Dari MRT Kranji, kami terus ke MRT City Hall. Jauh juga ye kalau tengok peta tu. Nak tahu, tengok line warna merah k. Kami pergi City Hall sebab nak pergi Suntec City Convention Center sebenarnya. Bangunan sebelah menyebelah je. So boleh jalan melalu City Hall Mall tu. Sambil jalan sambil cuci mata. ada la 1km lebih nak ke Suntec City Convention Center tu. Tapi sambil jalan sambil cuci mata, tak la rasa letih sangatkan. Hehehe. Suntec City Convention Center ni macam tempat untuk buat fair. Contoh lebih kurang macam KLCC la. Memula kami pergi Designer Handbag Fair. Kat Malaysia i tak pernah pergi tapi kat Singapura i boleh pergi plak ek? Hahaha. Ini kakak i punya pasal la. Dia nak pergi sangat. Dah la nak cari tempat fair ni sampai bersesat bagai. Sesat dalam banguna. Boleh? Hahahah.Pastu  nak masuk tu kena beratur panjang yang amat! Sejam lebih juga la kami beratur nak masuk. Tapi bila masuk, tak la menarik sangat pun. Tapi semuanya designer handbag la macam Gucci, Prada, Coach, Mui Mui dan macam-macam lagi. Masa beratur tu, adalah berborak dengan seorang perempuan Cina ni. Dia memang warga Singapura la. Borak punya borak, dia kata i boleh jadi organizer. Boleh buat duit. hahaha. Nak tergelak sebenarnya ^__^

Ada pengajaran yang kami dapat masa kat sana. Ianya dilalui oleh kakak i. Tapi nasib baik la perempuan tu tolong kami. Ni berkenaan dengan orang yang nak menipu semasa beratur. Kesian kakak i. Tiba-tiba je ada kawan orang Singapura. Heheheh. Nak tengok macamana panjangnya beratur masa tu, sila pergi ke Kegilaan Handbag Yang Menghantui Diriku.

Lepas je tengok fair handbag tu, kami pergi IT Fair plak. Dahsyat betul IT Fair tu. Barang lebih kurang macam kat Malaysia, harga pun lebih kurang sama. Cumanya masa kat sana kami ada tengok suatu barang. Apa nama i lupa. Tapi macam iPhone sizenye. Untuk tengok video, dengar muzik. Touch screen tau! Menarik je. Harganya SGD100. Kalau Malaysia lebih kurang RM200 lebih la. I dengan sis dah berkira-kira untuk beli. tapi batalkan saja. HAhaha. Then ada Food Fair. Kami tak masuk sebab tau banyak tak halal dalam tu. Then pergi fair pakaian. Jenama macam-macam. Kat sana pun tengok-tengok aja.

Lepas dah puas tengok fair tu semua, kami pergi ke Bugis plak. Naik MRT sekali lagi. Tak jauh sangat pun. Kat Bugis, kami pergi Bugis Street. Macam Petaling Street  tapi ada aircond even tak kuat. Heheheh. Kat sini i beli keychain untuk kawan terdekat i. My sis beli baju. Harga memang lebih murah kot dari Malaysia. Selalu baju yang Korea Style tu, kita tengok orang jual online or kat mana-mana harga lebih kurang RM30-RM50 kan? Tapi kat sini boleh dapat dengan harga SGD10. Means baru RM20lebih.

Lunch kami pergi makan kat MCD. Masa tu lunch hour. So dapat la beli set SGD4.50. Tapi kalau tukar duit Malaysia, mahal la kan? Heheheh. Sos dia agak pelik dan i tak makan sangat. Heheheh.

Lepas makan, pergi Bugis Mall. Sini macam SOGO. Barang murah juga la macam kat SOGO. I beli wallet Carlo Rino kat sini dengan harga SGD46. Designnye i tak pernah nampak lagi kat Malaysia. Sebab tu i beli ^__^ . My sis and i pun ada planning untuk shopping di Bugis Mall ni bila nak raya nanti. Planning aje. tak tahu dapat pergi ke tak.

Lepas tu nak pergi tengok Merlion. Tapi disebabkan gerimis dan cuaca tak baik sangat, kami balik la semula ke Malaysia. Sekejap je kan i pergi Singapura? Hehehe. Tapi nak pergi sana lagi la Hujung tahun ni. Nak pergi area Marina Bay plak.. ^__^

Suntec City tu dekat dengan The Esplanade yang macam bentuk durian tu.



Masa jalan-jalan ada nampak bangunan ni. Cantik!


Bugis Village tu, bawah dia adalah MCD! I lepas kuar dari MCD, tengok atas, baru perasaan perkataan Bugis Village tu. Hahha



Banyakkan?Heheheh. Rambang mata nak pilih!





*Pictures from Google*

P/S : Gambar memang tak ambik sebab dedua orang yang pergi ni sibuk tengok barang dan shopping!Hahaha


P/S/S : I memang tak pandai cakap dalam bahasa english. Tapi sampai sini, automatik lidah boleh cakap mat saleh uuuu... HAhhahahaha!


P/S/S/S : Entry ni dah tulis dari minggu lepas. Lama betulkan? HAhahahha



0 maklumbalas: