Followers

Sahabat

Thursday, May 05, 2011
I suka sangat cerita pasal sahabat. Entahla.. Selalu je buat i tersentuh hati....

Semalam i ada krisis jiwa sikit. Siapa kawan dekat FB i yang "popular" tu tahu la macamana i meroyannya semalam. Hahaha. Tapi diorang cuma tahu i meroyan. Sebab apa meroyan? Biarla i simpan dalam hati i.

Bila dah krisis jiwa, tubuh badan pun nak krisis sama la. Mula nak sakit itu dan ini. Letih pergi bercuti tak hilang lagi, tambah plak bebanan kerja di mana minggu pertama tiap bulan, harus produce laporan itu dan ini, tambahan audit ISO minggu ini, tambah krisis jiwa yang berlaku tiba-tiba, memang beri efek pada tubuh badan yang tak berapa nak berat ni.

I ni ada pelik sikit. Bila i meroyan, FB la mangsa. Tapi tidak beritahu secara terperinci. Tapi cukup la untuk orang tahu i tengah bermasalah besar. Even sahabat-sahabat i tak tahu masalah i. Tapi ramai sangat yang take care. I terharu sangat di situ. TERHARU!

Kadang kala i rasa bosan duduk Melaka ni sebab i takde kawan. I selalu duduk rumah jek. Bosan sangat hidup i. Tapi sebenarnya, i ada ramai sahabat. Tak kira jauh ke dekat. Sahabat yang mengambil berat sekadar yang mereka mampu dan i sangat menghargainya... Bila i duduk diam-diam, i terfikir semua ni, i jadi sebak sangat.. Iye. I tau i ratu airmata.... T__T

I rasa, biar tak ramai kawan, tapi ada sahabat. Kawan dan sahabat tu berbeza...........Terima kasih sahabat-sahabat.. ^__^


0 maklumbalas: