Followers

Hal Cuti...Perli ke ape??

Monday, May 30, 2011
Selamat Hari Isnin semua.. I monday blues hari ni...uwaaa...

Opis i ramai yang bercuti. Pagi tadi pergi kerja pun lengang je jalan. Tak sibuk. Musim cuit sekolah ni ramai la yang bercuti. Kalau tak minggu ni, minggu depan. I pun ambil cuti seminggu tapi selepas cuti sekolah...

I dah apply dah cuti i tu. Pastu adalah la pegawai atasan i yang tahu i cuti seminggu. Dia tanya la kerani yang uruskan cuti i tu. Betul ke i cuti seminggu. Meh baca dialog mereka

(Lebih kurang macam ni la dialognya)

Pegawai : S**** ni cuti seminggu ye? Selepas cuti sekolah?


Kerani : A'ah puan.


Pegawai : Dia nak pergi mana ek?


Kerani : Erm...dia ada family trip puan..(Kerani ni tahu i nak pergi mana, tapi dia malas nak cakap)


Pegawai : Oooo.. Saya ingat dia nak pergi umrah  

Umrah????

Pegawai ni tak puas hati lagi. Dia panggil technican i..

Pegawai : S**** ni cuti seminggu ye nanti?


Technican : A'ah puan. Dia cuti lepas cuti sekolah


Pegawai : Itula..Saya tahu juga tu. Dia nak pergi mana?


Technican : Erm..dia nak pergi ******** dengan family dia.


Pegawai : Owh...ingat dia pergi buat umrah..

Umrah again???

Pastu pegawai tu ada panggil i masuk bilik dia, bertanya pasal kerja. Bila i dah nak keluar dari bilik dia, dia tanya i plak..

Pegawai : Awak nak cuti seminggu ye nanti? Lepas cuti sekolah


I : Ye puan..


Pegawai : Awak nak pergi mana cuti lama ni?


I : Erm..pergi ******** dengan family... Mak saya nak pergi. Bawa la dia...


Pegawai : Saya tau juga awak nak pergi ********. Technican awak bagitahu. Bagus la pergi lepas cuti sekolah. tak ramai orang.. Saya ingat kan awak nak bertunang...


Bertunang plak???

Kenapa dia nak sangat tahu i pergi mana? Pastu bila seorang dah jawab, dia tak puas hati. Sampai tiga kali dia tanya pada orang yang berlainan. Apa la salahnya dia tanya i teruskan? Tapi yang dia nak sibuk tu kenapa ek? Pastu dengan dua orang tu cakap pasal pergi umrah. Dengan i sendiri cakap pasal bertunang. Kalau dia cakap pasal umrah juga dengan i, i nak je sambung...

"Kalau nak pergi buat umrah, saya kena tambah cuti lagi seminggu. Umrah kan 2 minggu"

Dia ni nak menyibuk pastu nak perli i ke ape??

4 maklumbalas:

  1. sizuka[Izzati] said...:

    sabor je lah sya.huhu.

  1. chenta said...:

    tengah bersabar ni izzati...huuu

  1. kodok said...:

    hehehehe.

    mis u dalim

  1. chenta said...:

    miss u too! ^__^