Followers

Fast Five

Monday, May 09, 2011
Fast Five or Fast & Furious Five so awesomeeeeeeeee!



Serius la. Memang best gila! I bagi full of stars for this movie. I tengok kat Sunway Pyramid last saturday. Tengok kat panggung yang luas dan skrin yang besar memang sangat berbaloi dan puas. Starting movie i dah terpaku tengok semua action. Tahu-tahu je dah habis. Memang best la. Tak tahu nak bayangkan macamana. Rasa nak tengok lagi je. Siapa mahu ajak i tengok cerita tu lagi? Muahaahaa...

Siapa yang belum tengok lagi, sila pergi sekarang. Tak rugi tengok!

Untuk Fast Five ni, ramai pelakon dari Fast & Furious (FF) series ada berlakon dalam ni. Termasuk pelakon korea dalam Tokyo Drift yang i suka tu. Seronoknya tengok mereka yang best tu berlakon semula. Cumanya i masih berfikir. Perempuan  hot chick yang naik motor tu dari series FF yang mana ye? Tapi dia sangat hot dan cantik! Yang dua orang asyik gaduh tu pun sama. FF yang mana ek? I tak ingat diorang yang mana...Huuu..

Kali ni seperti biasa Dominic yang jadi watak utama di mana dia merancang untuk merompak $100million dari seorang businessman kat Rio De Janeiro, Brazil. Diorang plan memang terperinci dan hebat la. Masing-masing ada kelebihannya. I paling suka tengok Tyrese Gibson berlakon dalam cerita ni sebab dia macam jadi pak lawak. Dia dah la becok lepas tu perangai dia memang la lawak. Sikap mencuri dia macam dalam 2 Fast 2 Furious : Miami, masih kekal mencuri dalam Fast Five ni.

I ingat ini episod terakhir sebab dia dah kumpulkan pelakon tu. Tapi ending dia macam something je. Kenapa something? Pergi tengok sendiri k ^__^


4 maklumbalas:

  1. darxx said...:

    memang terbaek!!! last tu i dah smpi pintu exit tibe2 ade lg...so masuk blk...hihihi...

  1. chenta said...:

    owh..i kalau pergi wyg, mmg suka kuar lmbt2..heheheh

  1. sizuka[Izzati] said...:

    best gila kan~!huaaaaaa ending dia tu saspen tuh.kekeke.tak sabar nk tggu kalau ada next~!

  1. chenta said...:

    macam ada next je kan?u dah habis belum tgk series yg lain?