Followers

day three : 10 things you hate

Saturday, May 07, 2011
day three : 10 things you hate



1 - Alone


I hate to be alone. I kan jenis peramah. I tak boleh la bila takde kawan, duduk seorang-seorang. Boleh jadi stress kot. Hahahah.


2 - Ditinggalkan


I tak suka ditinggalkan....Lagi-lagi ditinggalkan oleh orang yang i sayang...


3 - Penipu


I tak kisah orang nak tipu i ke apa, tapi jangan sampai i tahu sebab bila i dah tahu, i akan sangat bencikan penipu tu..


4 - Serangga


Macam entry sebelum ni. I ada tulis i tak suka serangga. I geli. Even benda tu takde depan mata, i just bayangkan je, itu pun boleh buat i geli geleman. Hahahahha. Tak sukanya!


5 - Orang yang tidak beradab atau bahasa kasarnya kurang diajar


Rasa menyampah dan rasa nak lempang je bila berhadapan dengan orang yang macam tu. Gila menyampah! Pastu orang yang tak reti nak beratur, potong Q, suka maki hamun, cakap mencarut. Tak sukanya!


6 - Ubat


I tak suka ubat. Tapi i selalu berdamping dengan ubat. Tak suka tau. Tapi nak baik, terpaksa la makan...


7 - Pakaian


I tak kisah basuh baju sebab mesin yang basuh. I tak kisah sidai baju sebab keje senang. Tapi i tak suka lipat baju dan gosok baju. Ya Allah. Macam seksa je lipat dan gosok baju tu..Tapi itula yang kene buat dalam kehidupan setiap hari T__T


8 - Pengikis tapi berlagak


I benci orang yang mengikis duit orang je pastu berlagak dengan benda yang dia kikis tu. I dah hadapi orang yang macam ni dan i sangat bencikan orang tu. Dah la senang senang je mengikis orang lain. Pastu nak show off tak tentu pasal. Menyampah!!


9 - Menunggu


I benci bila i terpaksa menunggu. Bila i dah penat terkejar-kejar bersiap, pastu orang tu lambat. Bila pergi kedai makan, kedai tu lembab sangat. Ish..Membazir waktu tau..Tak suka gila i nak tunggu-tunggu ni


10 - Malas


I ni kadang kala malas yang amat. Bukan kadang kala la. Selalu. Muaahaahaa.. Kadang kadang kena buat sesuatu segera tapi i malas sangat. Tapi bila datang rajin i, amek kau. Nak makan pun tak sempat!

0 maklumbalas: