Followers

day seven : 10 important people

Thursday, May 12, 2011
day seven : 10 important people




1 - Mum and dad


I rangkum je la ye dedua ni sebab dedua ni paling penting. Tanpa diorang, i tak lahir pun kat dunia ni. Tanpa diorang juga, i takkan berjaya macam sekarang. Tanpa diorang dalam hidup i pun, mungkin akan buat hidup i kucar kacir.. I love mum and dad!


2 - My sister


Dia la kawan untuk bercuti. Dia la kawan shopping. Dia la pemberi nasihat. Dia la kawan gaduh masa kecik-kecik. Dia la pemberi pendapat. Semua dia la... I love my sister


3 - Adik-adik


Diorang selalu buat i gelak. Gelagat diorang menghiburkan i. Adik lelaki i yang Airul tu sangat rajin tolong i. Pape i suruh, mesti senang je dia nak tolong. Kalau si kecik tu kurang sikit. Tapi diorang la adik beradik i...Sayang diorang! ^__^


4 - Dia


Merujuk kepada si dia yang selalu dengar i bebel, i marah, i geram, i happy, i sedih..Semua dia la yang dengar even kadang kala, dia suka buat i marah. Hahahha. Siapa dia, biar i je yang tahu..


5 - Guru sekolah dan pensyarah


Tanpa diorang, i tak jadi macam sekarang kot. I cukup bersyukur dengan kerjaya i dan hidup i sekarang even kadang kala memang terasa la nak kerjaya yang lebih bagus, lebih baik.. Tapi ilmu yang i dapat dari mereka, memang sangat-sangat-sangat membantu i sampai sekarang... 


6 - Bos


Bos i sangat baik. I sangat selesa kerja dengan dia. Tanpa dia, mesti i dah lama buat surat tukar ke jabatan lain. Dia sangat mengambil berat hal pekerja dia. Sangat-sangat baik ok. Tak pernah i dapat bos sebaik itu. Tapi bos i selalunya baik je. Cuma bos i  masa i kerja KFC dulu tu je i tak suka. Menyampah gila dengan orang macam tu!


7 - Teman sekerja


Diorang la selalu buat i tension, buat i stress, buat i marah, buat i happy. Semua la..Bila tak kerja, bosan. Bila kerja pun bosan. So diorang la penceria kerja i. Hahahah


8 - Sahabat


Sahabat lebih kurang macam bff. Even i takde sahabat yang kekal lama, tapi i sangat hargai diorang. Bila i takde siapa, diorang la teman. Bila i happy dan nak share dengan someone, diorang juga teman. Semua diorang la.. Tapi semalam i marah sangat dengan one of my best friend. I marah sebab i sangat take care dia. Tapi bila dia buat macam tu kat i. I sangat marah..But now i sangat sedih.. T__T


9 - Kawan-kawan


Tak kira kawan sekolah, kawan universiti, kawan suka ria..Semua la. Even ada yang tikam i dari belakang. Tapi diorang tetap penting sebab diorang la yang menceriakan hidup i dulu dengan gelagat diorang. Kalau kita hidup takde kawan, mesti kita sangat lonely kan??Huuu.. I tak dapat bayangkan


10 - Orang yang cipta facebook, blog, google, internet, gadget, kereta, pakaian..Semuanya la..Sebab bila ada semua tu la yang membantu hidup i sehari-hari..


Tapi yang paling penting adalah Allah yang menentukan semua ni.. Terima kasih Allah ^__^











5 maklumbalas:

  1. HaiaD_13 said...:

    sapa si dia tuh?
    Nak tau nak tau..

    Hahaha..

    babe, dis is ma another blog yep. blog yang kurg er.. kurg lurus kot.

    u know wat i mean...=)

  1. Ms SZ said...:

    I ada tu. cant wait for travel and shopping trip this comming June!

  1. chenta said...:

    ms sz : ofcos u ada ^__^

  1. chenta said...:

    haiad : ook..but i don know who r u actually..heheh