Followers

day one : 10 things about you

Thursday, May 05, 2011
day one : 10 things about you




1 - Hati sensitif


i memang seorang yang sangat sensitif. Selalu je dapat title drama queen or ratu airmata. Dah tak kisah dah dengan title tu. I memang mengaku la. I tak boleh orang marah sikit, i nanges, i terasa. I tak boleh tengok orang nanges or tengok cerita sedih. I pun nanges sekali. Tapi sekarang i boleh juga la handle sifat sensitif i ni. Ada orang yang rapat dengan i, tak suka tengok i nanges. Dia menyampah. Jadi bila depan dia, i memang tahan la kalau nak menanges. Tahan sampai hati i sakit sendiri. Tapi i tetap tahan sampai rasa tu hilang sendiri. Sampai boleh latih diri supaya jangan terlalu sensitif. Ada sesetengah perkara, i masih sensitif.




2 - Sukar buat keputusan


I memang susah nak buat keputusan. Even waktu shopping, i susah nak pilih mana i nak. Sebab tu kalau i beli barang seorang, i tak banyak beli. Beli benda yang memang selalu beli benda yang sama macam barang dapur, barang peribadi. kadang kala nak beli lauk untuk masak pun confius. Hahaha. Susahnya orang tak boleh buat keputusan ni. Tak boleh jadi ketua




3 - Banyak cakap


I memang banyak sangat cakap. Orang yang dah kenal i, tahu la perangai i yang banyak cakap dan peramah gila ni.Hahaha. Tapi i pun boleh jadi sangat pendiam. Tapi disebabkan i banyak cakap la i mudah menjalinkan hubungan persahabatan dengan orang. Sampai ada yang kata i popular kat laman sosial. Hahaha




4 - Shopaholic


Ini memang kegilaan. Orang pergi melancong sebab nak tengok tempat dan sejarah tempat tu kan? I pergi bandung and singapura sebab nak shopping. Boleh? Hahahah.




5 - Identiti diri


Sehingga kini, i tak pernah letak nama sebenar i dekat facebook. Dekat blog pun tak pernah rasanya. Nama tu sangat peribadi ye. Maklumat diri yang kita tak perlu nak beritahu secara umum. Kalau dedahkan pun, bukan boleh dapat loteri ke ape. Dapat masalah hacker adalah. Hehehe. So sesiapa yang guna nama penuh dekat facebook tu, fikir-fikirkan lah..




6 - Menyanyi


I suka nyanyi tau. Lagi-lagi bila dalam kereta. hahaha. Sape naik kereta dengan i, boleh la dengar suara sumbang i ni. Hahahah. I selalu juga menyumbangkan suara di tempat karaoke. tapi bukan yang jamban k! Yang jamban tu orang luar pun boleh dengar suara kita. Malu je T__T




7 - Internet


Internet dengan i memang susah kot untuk dipisahkan. Muahaahaa.. Macam-macam maklumat kot boleh dapat melalui internet. Let's say kalau nak tahu pasal penyakit ke, berkenaan tempat ke, google aje lah!MUDAH ^__^




8 - Penyakit


I ada sakit gastrik yang agak teruk dan migrain. Ubat sentiasa ada dalam handbag i. Tapi i tak suka sebenarnya hidup bergantung dengan ubat. T__T




9 - Peminat Novel dan Drama Korea


I tak suka movie korea tapi i suka cerita korea. Even cerita korea selalunya hampir sama. Tapi i tetap suka tengok drama korea. Hehehe. Novel pun i suka. Sekarang penulis yang i suka adalah Siti Rosmizah. Novel baru dia yang keempat, i tak sempat beli lagi. Tapi dah baca dah sinopsisnya.Heheheh




10 - Blog


Blog ni adalah blog kedua dalam hidup i. Yang pertama tu dah jadi sejarah dan malas nak ingat. Blog kedua ni harap bertahan lama la.. ^__^



0 maklumbalas: