Followers

Souvenir Dari Korea!

Wednesday, April 27, 2011
Sekarang musim kpop kan? Radio ada je pasang lagu Korea. I pun suka lagu-lagu kpop ni.. Tapi bukan itu yang i nak cerita. Hehehe

Minggu lepas, seminggu bos i pergi Korea atas urusan kerja. So selama seminggu tu kira free la kat pejabat. Free tak free sangat sebab i lagi suka bos ada pejabat. Bos i baik ^__^

Then hari terakhir sebelum dia balik, dia ada emel i pasal kerja yang dia minta i uruskan dengan beberapa orang tertentu kat pejabat ni. So hari tu memang i agak sibuk la. Kelam kabut uruskan hal bos tu. Dah la uruskan kursus dan mesyuarat dia. Benda tu semua last minute. Tapi berjaya gak la selesaikan. So dalam duk beremel dengan dia, sempat la minta souvenir. Hehehe. Bos plak boleh balas yang dia lupa nak beli. Siap gelak-gelak tu. Hehehe

Tapi pagi tadi dia masuk pejabat, dia panggil i masuk bilik dia. Dia suruh pilih souvenir..Hehehehe. Baiknya hati bos. Terima kasih banyak-banyak! ^_^





2 maklumbalas:

  1. Queen said...:

    waaah..pasni boleh la makan dgn chopstick korea eh.. =)

  1. chenta said...:

    tapi sy tak pandai guna chopstick..hehehe