Followers

Sizuka-World-Of-life First Give Away

Tuesday, April 05, 2011

Lama dah i tak join GA ni. Ni baru nak join balik. Kalau nak join GA ni, sila la klik gambar di atas ye. ^__^


Terma & syarat penyertaan.


  • warganegara Malaysia, yang ada di Malaysia[nanti senang nak pos hadiah].terbuka kepada semua peringkat umur.tak ada kategori belia,wirawati ataupun veteran.nehi nehi.  ( I memang confirm Warganegara Malaysia)
  • haruslah punyai blog.tak kisahlah dot blogspot ke, dot wordpress ke, dot com ke dot apabenda lagi lah yang wujud.mesti blog, bukan blok blok asrama ataupun blok batu bata. (Haruslakan)
  • nak follow sila, taknak follow tak apa.tapi segala urusan pasal contest ni saya akan update ikut blog je.makanya, stay tuneeeeeeee :D (Memang dah lama follow)

Kalau nak join, ini cara-caranya :


  • buat satu entri dalam blog anda, pasal blog saya.supaya situasi tidak menjadi tegang & kucar-kacir, dalam bahasa senangnya buat review tentang blog ini.tajuk bebas.
  • tidak perlu 1000 patah perkataan.10 patah perkataan pun boleh jadi, asalkan kreatif dan boleh buat saya suka hati.makanya, jumlah perkataan ialah bebas.
  • ikut kreativiti masing-masing.siapa kreatif dia menang.kalau nak dapat hadiah, kena pandai bodek bodek tauke, ye tidak?HAHAHA.

Copy paste je dari tuan punya blog sebab malas nak taip. Hahahah

Buat satu entri review ye? Erm...

Meh tengok header dia dulu



Header dia sebenarnye besar tau! Tapi i dah kecilkan guna kuasa Doraemon. Muaahaahaa..

Owner dia (sizuka-world-of-life) ni sebenarnya rakan editor masa 100penulis dulu. Tapi sekarang dia dah quit. Mungkin dia sibuk kot. Lagipun kan dia student kat New Zealand tu. Student selalu sibuk, kalah orang bekerja macam i ni. Hehehehe. Jangan marah tau! ^__^

Nama dia Sizuka macam watak dalam cerita Doraemon tu. Sizuka Doraemon tu cantik dan comel. Tapi dia, mungkin secomel Sizuka tu kot sebab tu dia guna nama tu..kan darling?? Hope one day kita akan bersua k.

I suka blog dia (sizuka-world-of-life) sebab blog dia warna pink! Sama macam blog i dan warna kegemaran i. Hehehe. Perempuankan suka warna pink ni. Lembut gitu. Auuwww! Pastu dia ni kira gila kamera kan. So gambar kat blog dia semua cantik-cantik! Serius tau! Semua cantik-cantik. Dah la NZ tu memang tempat yang cantik. I selalu jeles bila dia tunjuk tempat-tempat yang dia pergi. Entah bila la i dapat ke sana T__T. Pastu dia kan banyak kamera macam i tulis tadi. I pun jeles bab ni sebab i nak beli 1 kamera pun fikir banyak kali. Orang yang dah bekerja ni banyak nak fikir kalau berkaitan duit ni. Bukan senang lenang nak mengeluarkan duit. Kan best kalau suatu hari nanti dia dapat bagi i pinjam semua kamera dia. Hahahaha. Boleh ke sizuka?Ngeee... 

Pastu dia selalu tunjuk gambar yang comel-comel, aksesori yang comel-comel, gambar makanan yang macam sedap yang boleh buat i'm craving, dan macam-macam la. Kadang kala i tengok blog dia pun i boleh bayang keadaan kat NZ tu. So tak dapat pergi sana, tapi dapat bayangkan, ok what? (Entah ikhlas ke tak dalam hati ni. Nak pergi NZ jugaaaaaaa!)

Cukup la review i ni. Korang pergi terjah blog dia untuk tahu lebih lanjut k. Klik je kat gambar GA tu. COnfirm g blog dia!Tak caya, cuba try test!Hahahahah

Next!

lengkapkan slogan "saya suka blog sizuka-world-of-life kerana .....[tidak lebih 25 patah perkataan]

Saya suka blog sizuka-world-of-life kerana blog dia penuh dengan cerita dia di NZ yang boleh buat saya cemburu dan banyak sangat gambar yang cantik!

2 maklumbalas:

  1. sizuka[Izzati] said...:

    hihihi.like!thanks for joining :)

  1. chenta said...:

    pastikan i menang!hahahah