Followers

Gosip di Pejabat

Friday, April 08, 2011
Ingat tak dulu masa kita sekolah, kita ada gosip-gosip cinta. Kononnya pelajar perempuan kelas sains tu bercinta dengan pelajar lelaki kelas sastera. Hanya kerana diorang selalu belajar bersama or rehat sama. Padahal  diorang tak pun bercinta. Tapi pelajar-pelajar lain dok la gosip-gosipkan diorang. Ada tu malu-malu kucing meow! Ada tu marah siapa yang gosip sampai nangis-nangis menafikan. Ada plak terus betul-betul bercinta. Ada kan macam tu? Jangan korang kata sekolah korang bersih dari gosip. Tipu la tu! Hehehehhe

Adik i yang bongsu tu, i dengan my sister selalu usik dia dengan gosipkan dia ada fair dengan kawan perempuan sekolah dia. Yang selalu jadi partner dia bila dia menari zapin. Bila i dengan sis dah usik dia, gosip-gosip dia, selalunya benda tu akan end up dengan tangisan si adik kecil tu. Muaahaaahaaa. Saje je usik dia.

Masa sekolah rendah lagi banyak gosip-gosip macam tu tau sebenarnya. Tetiba bila pelajar lelaki tu pandang kawan kita, terus la kita kata

"Eh, budak laki tu suka awak ek? Asyik tengok awak je..Oooo..Awak ada pape dengan dia ye..Hehehehe.. Cakap dengan cikgu!"

Pastu mula la kawan kita tu muka merah, nanges-nanges menepis gosip tu. Nak lagi sadis, esok mak kawan kita tu datang sekolah, marah kita sebab buat anak dia nanges. Hehehe. Kelakarnya bila ingat kembali..

Sekarang i dah kerja pun, ada gak gosip-gosip macam ni kat tempat kerja. I pun termasuk sekali disebabkan staf perempuan kat opis ni tak ramai dan i antara anak dara yang ada. So memang galak la diorang menggosipkan i dengan staf lelaki yang bujang-bujang. Pantang i baik sikit, ada la gosipnya.. FUH~~!

Tapi i dah besarkan. So cool je la. Hahaha. Takde nak sentap-sentap. Even pagi tadi dalam bilik meeting, galak la i kene bahan dengan diorang ni. Bos pun bahan i sekali.. T__T  EH!Bukan tadi kata cool ke. Sekarang nak sentap plak..Muaahaahaa..

Puncanya staf lelaki yang dah digosipkan dengan i dari tahun 2009 lagi membentangkan laporan seksyen dia. Pastu ada masalah yang berkaitan dengan i. Boleh plak depan semua orang dia cakap

"Takpela. Nanti saya sit down dengan Cik S******"

Terus la jadi bahan dalam meeting tu. Bos siap pesan 'sit down secara profesional ye'...Hahahah. Sengal jek!

Korang nak tengok gambar staf lelaki tu tak? Kalau ramai komen nak, baru la i letak. Muaahaahaaa! ^__^

0 maklumbalas: