Followers

Duit syiling

Friday, April 01, 2011
Ada sesetengah orang, tak suka duit syiling. Bila beli barang dan dapat duit pulangan iaitu duit syiling, ada je yang letak sepah-sepah. Campak sana-sini. Bila bayar duit tol, lepas dapat balik duit syiling, campak dalam dashboard. Betulkan? Jangan la kata takde. Ada orang macam tu.. Sebab i pun kadang kala macam tu gak :P

Tapi kan, syiling ni berguna juga tau. Dah namanya duit, mesti ada nilaikan? Duit syiling ni akan berguna bila nak masuk toilet yang kena bayar tu, bila bayar barang yang bernilai rm100.10.. Contohnya la kan.. Time tu la terkorek-korek walet carik duit syiling. Betul tak?

Kalau dulu orang nak duit syiling sebab nak buat bayar meter parking or nak buat menabung kat public phone. Heheheh. Sekarang dah takde macam tu. Sebab tu la orang tak herankan dengan duit syiling??

Tapi kan, kalau setiap duit syiling yang kita dapat tu, kita masukkan dalam tabung tanpa letak sepah-sepah, lama-lama bila dah banyak, mesti berguna juga kan? Kawan i pernah simpan duit syiling, akhirnya duit tu yang bawa dia berjalan-jalan. Naik flight lagi tau!

So lepas ni mari la simpan duit syiling tu. (Pesanan untuk diri i sendiri juga sebenarnye.Hehehe)


Tadi ada orang tukar duit dengan i. Banyak dah duit syiling..Huuu

0 maklumbalas: