Followers

Day 5-Your siblings

Tuesday, April 05, 2011
Day 5-Your siblings


Okey.. Semalam cerita pasal parents. Harini cerita pasal siblings plak ye.


As u know (kalau yang rajin follow blog i la), i adalah anak kedua dari empat orang adik beradik. 2 perempuan dan 2 lelaki. So kita mulakan dengan yang sulong..




  • Kakak a.k.a Along

Jarak umur kami tak jauh. 3 tahun je. Jadi kami agak rapat juga la. Selalu gak shopping sama-sama. Selalu pergi tempah baju. Selalu bertukar pendapat. Selalu cerita pasal handbag, kasut, make up, kerja, kawan. Hehehhe. Dulu kecik-kecik kalau raya, baju kurung kami selalu sama corak. Warna je lain. Baju gaun, kalau along ada, i pun mesti ada. Bila dia dah sekolah tadika, mum belikan dia pensil warna. I pun nak. Tapi dulu kan susah. So mum tak boleh beri i pensil warna. Lagipun i tak sekolah lagi time tu. So mum beli pensil warna or buku mewarna untuk sis, sorok-sorok dari i. Sampai sekarang i tak pernah tengok pensil warna and buku warna yang mum beli untuk along tu. Tapi i tahu la benda tu wujud. Bila dah mula sekolah, kami selalu fight. Masa along sekolah menengah, dia sekolah high school. I pun boleh sekolah high school, tapi i tak nak. Kononnya nak ambil aliran agama, boleh belajar bahasa Arab. Tapi masa PMR, result along lebih bagus dari i. T__T Masa tu ayah mula la bebel. Dia cakap i nak sangat ambil aliran agama. Suruh sekolah high school taknak. Sedey memang sedey. Tapi i buat bese je la. Then masa SPM, i dapat kalahkan along. Suka yang amat time tu k! Atleast, i masuk gak high school masa form 6. Tapi sekejap je la. Pastu sambung fight plak masa diploma. Along dengan i ambil jurusan yang sama. So ada la fight sikit-sikit je. Tapi pointer dia lebih dari i la. Kalah lagi i time diploma. Tapi kat situ ada beza juga. Along belajar kat Poli. I belajar kat Uni. Now masing-masing dah kerja. Along start kerja dulu dari i. Tapi sekarang kami dah bekerja di jabatan yang sama, bidang tugas yang sama cuma negeri je lain-lain. Banyak juga persamaan kami kan? Sebab tu la kami rapat. Now dia dah kahwin dan ada anak seorang.


Ni gambar profile dia kat Facebook. Nak baca blog dia, sila klik 19 Disember 2009

  • Ude a.k.a Abang
Walaupun dia adik i dan along, tapi kami panggil dia abang sebab dia ada adik. Hehehehhe. Sadis tak jadi dia? Even adik kami tapi dipanggil abang. Hahaha. Tapi kalau dengan Keisha, dia bahasakan diri dia Pakde. Dia ni sensitif orangnya tapi baik dan rajin. Kalau i balik rumah, suruh je la dia buat pape, confirm dia tolong! Sebab tu la kalau dia minta untuk pergi mana-mana, i tak kisah pun nak bawa. Dia belajar pun rajin juga sebab result PMR dia hari tu, i kalah ok! T__T Nampak sangat result PMR i terukkan sebab boleh kalah dengan dia dan along..Huuu...Dia pandai masak tau! Selalu kalau i or along nak masak kat rumah mum, dia la second chef kami. Muaahaaahaa... Tapi dia juga photogenic ok! Dia selalu guna laptop i or along bila kami balik. Dia suka online dan editing. So i ada jela tengok gambar-gambar dia. Memang layak jadi model! Pandai je posing. Pastu pandai je dress up. Pakai contact lens warna warni. Hahahah. Tapi tak tahu la cita-cita dia apa dah besar nanti.


Ni gambar profile Facebook dia. Earing tu magnet punya. Berani dia nak tindik! Blog dia adalah aiRul punYe ceriTe !


Photogenikkan?? ^__^

  • Adik a.k.a Pak Cu
Ni adik bongsu. Sangat manja, sangat kedekut, sangat sensitif, sangat geram dengan dia! Dia suka ajak orang pergi sesuatu tempat, tapi tak tahu ape tujuan dia. So memang kadang kala boleh menimbulkan kemarahan. Tapi perangai dia ada sikit lebih kurang macam i. Hahaha. So nak marah tak boleh. Sabar aje la. Dia bongsu kan so dia memang manja. Dia seorang je yang tak takut dengan ayah. Kami adik beradik lain semua takut dengan ayah. Tapi dia selumber je dengan ayah. Ayah pun melayan dia. Biasala. Anak bongsukan...huuu... I tak jeles k, tapi geram!


Ni la gambar adik


I pernah tulis pasal siblings kat SINI

0 maklumbalas: