Followers

Day 3-Your first love

Sunday, April 03, 2011
Day 3-Your first love



Gambar dari SINI




First Love? Erk...Macam nak membongkar kenangan lama je. Hehehehe


First love i masa zaman sekolah dulu. Nama dia A. Hahaha. Pangkal nama dia A. Kenal masa tingkatan 2. Itu pun secara tak sengaja. Dia mawas pengawas dulu. Then waktu datang dan rehat, dia kena jaga bangunan. Kan dulu masa rehat, kita tak boleh masuk kelas or bangunan sebab takut ada kes kecurian. So dia kena jaga bangunan dan diri kat tangga. Bila habis rehat, mesti lalu tangga tu. Kawan-kawan pernah buat cabaran. Siapa berani tegur dia, memang terer! Dia dulu pemalu dan pendiam. Tambah plak dia macam alim-alim gitu. So dengan perempuan ni tak berapa sangat la. Tapi kami geng perempuan yang nakal ni suka kacau dia. So one day, i berani tegur dia. Sampai merah muka dia. Hahaha. Kesian dia. Tapi sampai sekarang dia tak tahu kami ada cabaran tu.


Then bila i dah tegur, kira i menang la kan. Pastu kawan-kawan suruh minta biodata dia plak. Dia tak sama kelas dengan kami. Tapi waktu kemahiran hidup, dia sama dengan i. So masa tu la ambil peluang minta biodata dia. Dia kata dia akan bagi dengan syarat, i kena bagi biodata i sekali. Dulu masa sekolah kan akan main tukar2 biodata. Tapi i taknak bagi biodata i. Then bila sampai masanya, dia bagi buku lepas kelas KH. Dalam buku tu ada biodata dia. Dia tanya biodata i, i kata i tak buat. hahaha. Dia marah la kan. Pastu terus tak nak tegur i. Disebabkan dia dah marah, kawan-kawan i buatkan biodata i. Kawan-kawan i tulis la semua, i bagitahu je. Hahaha. Pastu lepas seminggu kot baru bagi kat dia. Baru dia ok.


Lepas tu selalu berhubung melalui telefon rumah dan surat. Sampai kene perli dengan mum sebab balik sekolah je, mesti ada orang telefon i. Mum cakap tak puas-puas ke cakap kat sekolah. Hahaha. Surat-surat, kad-kad dan hadiah dari dia, i masih simpan lagi. Kenangan semua tu.


Kami berkawan sampai la tingkatan 5. Tapi disebabkan kami tak pernah la declare couple even kami sangat rapat, so hubungan tu tergantung macam tu je. I pernah tanya dia pasal hubungan kami, dia kata terpulang pada i untuk anggap hubungan tu apa. Tapi i plak masa sekolah tak suka serius hubungan, so i kata nanti la. Tunggu i habis belajar. Mungkin dia macam tak boleh terima kot. So pertengahan tingkatan 5, i dapat tahu dia bercinta dengan seorang girl ni. I pun pernah dengar girl ni berbual dengan kawan dia pasal dia dengan si A tu.. Bila i dah dengar macam tu, hubungan kitaorang terus jarak.


Bila habis tingkatan 5, i masuk U, dia pun masuk U. Terus dari tu kami lost contact. Now disebabkan Facebook, i jumpa facebook dia, dan kami adalah sembang sikit-sikit. Dia pun ada bagitahu yang dah 7 tahun kami lost contact. Kenangan sangat-sangat. 


Dia baik, i selesa dengan dia, i memang suka lelaki macam tu. Tapi waktu tu i taknak seriuskan, i lebih fokus pada study dan family i pun macam tak suka i nak bercinta waktu sekolah, so i kehilangan dia.


Tapi sepanjang berkawan tu, hanya sekali je kami dating. Itupun i malu sangat tau. Biasala. Budak sekolah dulu pemalu. Sekarang je dah advance. Contohnya adik i la..Huuu T__T



0 maklumbalas: