Followers

Day 24-Something you’ve learned

Sunday, April 24, 2011
Day 24-Something you’ve learned


Hari ni saya belajar yang saya takkan dapat menjaga hati semua orang. Jadi, saya perlu jaga hati saya sendiri sebelum jaga hati orang...


Beberapa hari lepas, saya belajar bahawa jangan terlalu rapat dengan seseorang sebab kelak ia akan makan diri kita sendiri...


Beberapa bulan yang lepas, saya belajar bahawasanya tidak semua orang sukakan kita. Jadi berhati-hati la dan tidak memikirkan hal tu sangat. Kelak, kita yang gila...


Beberapa tahun ni, saya belajar erti berdikari bila mana saya perlu belajar uruskan diri sendiri, duit gaji, kerja dan kehidupan. Langit tak selalunya cerah. Macam-macam dugaan yang saya hadapi dengan sendiri. Pengalaman menjadikan kita lebih matang. Right?


Kesimpulannya, setiap hari kita belajar sesuatu.. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri.

0 maklumbalas: