Followers

Day 16-Dream house

Saturday, April 16, 2011
Day 16-Dream house


Nak rumah serba pink macam ni boleh? Hehehe... Ni rumah Barbie Doll.Ambil dekat SINI

I nak rumah yang sederhana tapi selesa. Tak perlu rumah besar-besar pun sebab i penakut. Hehehe. Kang rumah besar sangat, jadi rumah hantu plak. Duduk bawah, bunyi something kat tingkat atas..owh no....tidak sama sekali nak duduk rumah besar.

Dulu i berangan nak dalam rumah kat bahagian ruang tamu, sekelilingnya ada macam kolam, pastu ada ikan dalam tu. So bila orang datang, duk kat ruang tamu, boleh nampak ikan. Cantiknya! Boleh bayangkan? Tak boleh takpe. Biar i bayangkan sorang. Nanti korang tiru. Heheheh.

Dulu i nk rumah tepi laut, tapi sekarang taknak la. Tak kisah la rumah kat mane pun tapi jauh dari kesibukan. Nak yang boleh menjadikan ketenangan bila duduk rumah tu. Pastu nampak redup je. Tetamu yang datang pun suka. Pastu dalam rumah tu nak ada peralatan yang canggih. Macam rumah  The Rock dalam cerita Game Plan. Tahu kan? Tak tahu, g tengok cerita tu..hehehe

Tapi semua ni dream je.. Tak tahu la mampu ke tak nak dapat ape yang dimimpikan...

0 maklumbalas: