Followers

Berkawan di FB

Wednesday, April 20, 2011
Berkawan di FB tanpa sempadan dan tanpa meletak apa-apa batasankan?



Baru-baru ni i baru terfikir (i terlambat mungkin, sedar benda ni) yang kita berkawan kat FB ni tanpa tahu tentang orang tu. Kita tak tahu rupa sebenar dia sebab kat FB tu boleh je guna gambar sesiapa sebagai profile picture, kita tak tahu dia kerja apa, kita tak tau dia duduk mana, kita tak tahu dia pakai kereta apa, kita tak tahu dia anak siapa, kita tak tahu kisah dia, semua benda kita tak tahu. Dari hari mula dia jadi kawan kita kat FB, kita berborak dengan dia, bersuai kenal dengan dia, baru la kita tahu sikit-sikit pasal dia. Itu pun kalau dia tak tipu la kan? Dunia alam maya ni bukan kita boleh percaya sangatkan? Dan kita pun tak perlu nak letak maklumat diri kita semuanya dekat FB tu. I tak paham kenapa orang guna nama sebenar dekat FB, letak kerja kat mana, letak rumah kat mana, letak no telefon. Diorang tak takut ke maklumat diri diorang akan terbongkar? Kalau ada orang hack FB kita then gunakan maklumat diri kita untuk kepentingan diri sendiri, kan kita juga yang susah. Even memang ada akta multimedia dan berkaitan internet ni, tapi kalau orang dah hack data anda, ingat takde pape efek ke?

Berbalik kepada asal. Contoh kalau lelaki/perempuan ni cantik/handsome, ramai orang add dia, ramai nak berkawan dengan dia. Tapi orang tak tahu yang dia sebenarnya ada masalah bau badan. Di dunia realiti, dia takde kawan sebenarnya sebab tak tahan dengan bau badan dia. Tapi dalam alam maya, kawan dia beribu-ribu tu!

Ada orang suka menunjuk-nunjuk kat FB. Menunjuk tentang kereta dia, kekayaan family dia, gaji dia, rumah dia, semua bendala nak tunjuk. Tapi boleh jadi benda tu semua tak betul pun, tipu je. Ada juga orang yang sangat low profile. Maklumat diri dia kat FB sikit je, gambar pun tak banyak. Tapi sebenarnya dia adalah antara orang yang berjaya dari segi hidupnya dan kerjayanya..

Dulu bila ada orang add i, i approve je. Tak tapis pun sebab i tak kisah kawan dengan sesiapa pun. Cuma lately ni i dah jarang approve orang sebab friends list yang ada sekarang pun, banyak lagi yang i tak kenal.

Agak-agak orang berkawan kat FB tu ikhlas tak? Berkawan tanpa kira orang tu macamana pun. Miskin ke, kaya ke, cantik ke, hodoh ke, pandai ke, bodoh ke. Tak kisah pun. Semua orang dia kawan.

Atau pun dia berkawan kat FB dengan orang yang cantik-cantik je, yang kaya raya je, yang popular je. Ada gakkan?

Macam-macam benda sebenarnya kalau kita nak fikirkan. Tapi conclusionnya tetap la yang berkawan di FB tu memang tanpa sepadan dan batasan... setuju?

P/S : I tak pernah letak nama sebenar i kat mana-mana laman sosial ^__^

6 maklumbalas:

  1. nn said...:

    saya tahu and kenal 90% of my friends kat FB. yang lagi 10% tu add orang yang famous. tak kenal personally but sure tu diorang punya account. memang tapis facebook setapis-tapisnya. ada yang saya approve sebab courtesy - satu sekolah - tapi sebab tak berapa rapat still saya privatekan most of the things in facebook daripada diorang. hehe

  1. siput_uda said...:

    saya sangattt suka post nie..

  1. chenta said...:

    nn : anda memang sangat bagus kerana menjaga semua tu..itu memang penting snagat2 dalam alam maya ni tapi itula yang orang tak pikirkan.

  1. chenta said...:

    siput uda : thanks ^__^

    lama dah tak buat entry berilmiah.. T__T

  1. eazlye said...:

    hehe...
    i salah sorg yg suker mengexpose bukan???

    hurm, i penah show name penuh i kat blog...

    i penah show phone num utk tujuan perniagaan...

    n fb, majoriti sumer kawan dari fs yang i dah kenal since 2006...

    n i sgt2 suka berkawan n meet sumer kwn2 di alam maya...if dorg ok, i akan teruskan...if kawan yg jumpe cam suker amik kesempatan, i akan cuba adakan jurang, sbb takot tertipu..tapi alhamdulillah, member2 kat kuching nih pon majoriti kenal dari fb...

  1. chenta said...:

    eazlye : selagi u rasa selamat, terpulang la k ^__^