Followers

Baru saya tahu macamana rasa bila kehilangan pet tersayang T__T

Monday, April 18, 2011
Tajuk memang panjang nak menggambarkan kesedihan di hati ni..Uwaaaa. Pagi-pagi datang kerja dah nanges. Ni semua berlaku bila i dapat berita pet pertama i dah mati pagi tadi T______T

Pet i kucing. I jumpa dia kat tepi pasar kat Jasin. Waktu malam. Dia tak takut orang masa saya jumpa dia tu. Mungkin dia lapar, nak susu, so dia dekat je dengan orang. Time tu dia baby lagi. Mum dia pun takde masa i jumpa dia tu. 1st jumpa, kami tak ambil dulu. Sebab kami nak beli barang. Kami cakap dengan dia, kalau rezeki dia dengan kami, lepas kami beli barang, kami datang balik, kalau dia ada, kami ambil dia. Memang rezeki dia dengan kami. Dia tunggu sebelah bank plak. Dekat dengan pasar. So malam tu kami bawa dia balik. 1st time dia naik kereta i, dia macam takut. Kesian dia. Tak pernah kan. Tetiba naik kereta, takut la. Sampai rumah terus bagi makanan yang lembut. Masa beli barang tadi, kami sempat beli makanan untuk dia.

Dia sangat manja. Bila nak tidur, mesti cari orang. Dia suka tidur kat riba or sebelah orang. Kalau saya duduk tengok tv, dia datang kat riba dan tidur. Kalau i baring, dia pun baring kat sebelah. Pagi-pagi dia kejut i bangun tidur. Bila i mandi nak pergi kerja, dia tunggu je depan bilik air sampai i keluar. Kadang-kadang dia pun nak masuk bilik air sekali. Huuu. Dia ada patung kesayangan tau. Iaitu garfield. Bila nak tidur, dia tidur kat garfield.

Bila i balik kerja, dia dah tunggu depan rumah. Tahu je i balik petang. Bila i balik, dia dapat keluar. Nanti nak magrib, i jerit la panggil nama dia "Capang". Berlari dia dari jauh datang dekat i. Sweetnya memori tu.

Dia hyperactiv. Suka sangat main. Tak reti diam. I plak selalu terjerit-jerit sebab dia suka terkam kaki i bila i tengah jalan. Dia ingat i main dengan dia..Huuuu.. Bila i marah, dia diam je. Tahu plak kena marah. Tapi sensitif macam i. Hahahah. I tengah guna laptop, dia pun sibuk nak tekan keyboard. I baca surat khabar, dia sibuk nak duduk atas surat khabar tu. I marah, nyorok kat langsir. Tak lama lepas tu, habis langsir tu dia buat main..Buras-buras kainnya T__T

Pernah sekali dia buat perangai, my yunk sangat marah. Pastu letak dia kat belakang rumah. Dia penakut macam i.Huhuhu. Pastu malam tu hujan lebat sangat. Kul3lebih dengar bunyi anjing menyalak kuat. Kami dah takut gila dah. Terus capai lampu suluh dan payung, pergi cari dia kat belakang rumah. Nasib baik jumpa. Dia berlindung kat tepi satu rumah tu. Dia pun tak basah kena hujan. Pandai dia. Tapi sejak dari tu kami dah tak buat macam tu lagi kat dia.

Bila my yunk pindah KL, dia ikut my yunk. Sebab i tak boleh nak jaga dia. Lagipun i takut housemate i tak suka. Bila i pergi rumah yunk, dapat la i bermanja dengan dia. Nasib baik dia masih kenal i. So even kami jumpa dia kat Jasin, tapi dia dah jadi orang KL.

Minggu ni i ada di KL. Housemates i pun takde semuanya. So semalam pagi sempat la pergi jenguk dia kat rumah yunk. Masa tu dia dah lemah dah. Dia diam je bila i usap-usap kepala dia. Takde suara langsung. Pagi tadi yunk call tapi i masih tido. Pastu yunk bagi mesej bagitahu dia dah takde. I tergamam. terus bangun mandi. Lepas mandi baru i start sedih. Sampai opis, i terus nanges..Uwaaa..

Capang, maaf sebab mummy tak jaga kamu dengan baik. Semoga kita dapat jumpa di alam yang lain. Maaf, capang T__T



R.I.P Capang (18/04/2011)

5 maklumbalas:

  1. darxx said...:

    die saket ke?sabar k.... :|

  1. eazlye said...:

    erk....
    sya, nape smpai mati?
    capang saket pe sya?
    sedeynyer...


    u byk2 bersabar eh...
    tabah tau, hope u jumpe new cat yg mcm capang....

    i xdpt bayang kan life i without jimmy....[tetibe i sedey cam nak nages lak..]

  1. kodok said...:

    beb.
    teringat tontot.
    isk.
    sedih. huhu...

  1. WaDa said...:

    mesti capang kecacingan..kamu ade bwk die g klinik x?dh cucuk vaksin?

  1. Chiko AzreeN said...:

    hurm ... sedey :(
    takut .. sume rasa ada....
    kuatkan hati .. nanti kalau ade rezeki leh cari kitten lain ...