Followers

Asam Pedas Power Abg Piee

Thursday, April 28, 2011
Siapa tengok Jalan-jalan cari Makan (JJCM) hari ahad lepas? Angkat tangan macam saya.. Hahahah!

I tengok JJCM tu dan kebetulan dia tunjuk kedai makan kat Melaka ni hah. Yang paling mengujakan adalah kedai Asam Pedas Power Abg Piee. Menu yang kupang berapi tu. Fuhyooo! Macam best je. So hari ahad malam i pergi la kedai tu, sekali tutup la. Then semlam pergi lagi sekali. Alhamdulillah. Kedai buka cuma menu kupang berapi tu takde. Uwaaa..Nak nanges rasanya!

So disebabkan benda yang diidamkan tu takde. Kami iaitu i, housemate and bf dia order la ikan asam pedas. Masa pilih lauk, i dengan housemate la pilih. Dok pilih ikan. Siap timbang dengan tangan, mana lebih ringan. Muahaahaa.. Yela. Makan bertiga, tapi ikan semua besar-besar. Macamana nak habiskan? Membazir plak nanti. Pilih punya pilih, kami amik ikan serkup (1st time dengar nama ikan ni.Hahah) masak asam pedas power RM14.00, sotong sedang masak goreng tepung (ranggup gila) RM3.50, sayur kangkung belacan untuk seorang, tak sure la berapa ringgit, air asam boi, teh o suam, dan teh o limau ais. Total semua RM27.60. Murah ok!Dah la sedap, pedas, sotong yang ranggup, perut memang kenyang gila sampai tak larat nak jalan. Berbaloi rasanya even kupang tu takde. Next time nak pergi lagi. Nak makan kupang berapi juga. Tak kira!

Gambar semalam tak snap sebab dah lapar sangat. Hahaha. Kedai asam pedas power ni ada cawangannya dekat setiawangsa KL. Nak lebih details, pergi la Blog Kedai Asam Pedas Power Abg Piee. Canggih oo siap ada blog!



Gambar dari blog tu

0 maklumbalas: