Followers

Rayyan Fantasi

Tuesday, March 08, 2011
Novel dari Ramlee Awang Murshid. Ini 1st time i baca novel dari RAM ni. Beli novel ni pun sebab novel ni jadi carta kat kedai buku Popular. Hehehehe. Pastu ramai kawan-kawan yang dah baca, yang kata novel ni memang best. I pun dah habis baca dan terbukti memang best. Dah bosan asyik baca novel cinta, jiwang, romantik. Sekali sekala baca novel thirller ni best juga rasanya. Siapa yang tak baca lagi, sila la beli dan baca k. ^_^


Sinopsis :

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.
RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.


Ambil sinopsis dari SINI

0 maklumbalas: