Followers

Masih Setia

Monday, March 07, 2011




Sinopsis:

MIERA - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.
Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?
Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?
Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?

Novel ni i dah habis baca lama la juga sebenarnya. Tapi baru hari ni ingat nak cerita. hehehehe. Cerita ni best la juga. Cerita pasal kehidupan masyarakat minang kat Padang, Indonesia. Pastu ada cerita juga pasal gempa bumi. Boleh la menambahkan ilmu i yang tak berapa nak banyak ni. Heheheh. Ceritanya best juga tapi agak simple la. Buku ni jadi carta kedai buku Popular pada bulan Januari. Sesiapa tak baca lagi, boleh baca k. ^_^

2 maklumbalas:

  1. Tupai Karan said...:

    erm sya.. baca review awak ni sy tersedar dah lama tak baca buku..hoho pemalas skit akhir2 ni ;p

    Latest Post :
    Mesti Baca : Status Updates FB Yang Teringin Kita Jawab

  1. chenta said...:

    hahaha....sila rajin2 semula ye tupai karan ^_^