Followers

Kenapa ada orang yang sebegini??

Monday, March 14, 2011
Kenapa ye manusia selalu menyesal dengan apa yang telah berlaku??Erm... I ada dua kes nak cerita hari ni. Maaf kalau ada berkaitan dengan kalian..



Kes pertama..

Si A couple dengan Si B. Si A seorang yang matang, tidak romantik dan terlalu fokus dengan kerjaya dan keluarga. Si B plak seorang yang manja tak kira dengan kawan or family, sensitif dan selalu mengharapkan perhatian. Selalu berharap yang pasangannya sentiasa ada disisi. Bila dah berbeza ni, macam-macma hal la jadi. Si A selalu ingatkan Si B supaya tidak terlalu manja. Ajar diri untuk lebih matang sebab Si A ni agak sibuk dengan tugas dan keluarga. Si A pun tak suka orang yang terlalu manja. So bila Si B ni selalu msg or call, Si A jadi rimas. Jadinya bila Si A mula malas nak layan Si B bila Si B berperangai yang Si A tak suka, Si B mula la berubah. Berubah untuk orang yang disayang. Even dia memang manja sangat, dia ubah perangai tu untuk jadi lebih cool dan lebih matang. Tiada lagi msg dan call yang kerap, tiada lagi mengadu itu dan ini. Semua yang Si A tak suka, Si B dah tak buat even itula perangai sebenarnya. Kerana sayang kan orang sanggup berubah. Tapi bila dah lama-lama, Si A mula rasa yang Si B semakin jauh dari dia.Baru la Si A berfikir, bila tiada lagi msg, call, gurau manja, hubungan tu sebenarnya dah jadi hambar. Terlalu hambar dan hubungan kasih sayang tu jadi semakin jauh. Bila Si A tanya kepada Si B kenapa jadi macam tu, dengan mudah Si B cakap..

"Bukankah itu yang awak nak? Kan awak rimas dengan perangai saya yang dulu? Bila saya sudah berubah, kenapa awak bertanya semula kepada saya?"


Kes kedua...

Antara Si M dan Si P. Si M seorang yang bebas dan peramah. Selalu keluar dengan kawan-kawan ke mana sahaja yang dia suka. Si P plak selalu berasa risau bila Si M selalu keluar ke sana ke mari dengan kawan-kawan yang Si P pun tak pernah kenal. Apabila Si P bertanya ke mana Si M keluar dan dengan siapa, Si M mula naik marah. Dia rasa Si P terlalu cemburu dan mengongkongnya. Hanya kerana perkara itu, selalu terjadinya pergaduhan yang besar. Lama kelamaan, Si P pun berasa bosan dan malas untuk campur urusan Si M. Dengan siapa dan ke mana Si M pergi, Si P tidak pernah bertanya. Tapi lama kelamaan, bila Si P dah tak bertanya lagi kepada Si M, Si M rasa seolah-olah Si P dah tak amik berat pasal dia lagi. Dah tak peduli hal dia lagi. Sedangkan, dulu dia yang marahkan Si P kan?

"Bila saya saya bertanya, awak kata saya cemburu buta, bila saya tak tanya, awak kata saya dah tak kisah pasal awak..."


Kenapa manusia ni selalu macam ni ye??

4 maklumbalas:

  1. TeD said...:

    hehe... envy...

  1. Dzara Comoth said...:

    sejibik mcm kes syer..tapi xpe..aty tawar..wat dun noo...