Followers

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Thursday, March 03, 2011
Hari ke 3 dalam usha 30 Hari Mencari Cinta! ^_^

Idea untuk temujanji pertama yang sempurna? Wow! Apa nak tulis ye. Agak mencabar juga bagi i sebab....adalah..tett!Heheheheh.



Selama ni bila 1st time i nak dating dengan seseorang tu, memang i agak gabra, gugup, takut, malu, segan dan segala-galanya la. Almaklum la, i kan pemalu. Hehehe. So bila malu, 1st date tu memang simple je la. Jumpa pun tak lama. Itu pun sekadar pergi makan dan berjalan-jalan. Perbualan memang tak banyak sebab masing-masing malu kan. Lagipun baru je kenal. Kita tak tahu lagi cara orang tu macamana kan? So better la berhati-hati bila 1st date ni.

Ni ada beberapa perkara yang berada di dalam fikiran i bila cerita pasal 1st date ni :-

* Mestila berhati-hati dalam semua perkara.

Ini i letak nombor satu sebab ia adalah perkara yang paling penting. Bila kita baru je jumpa seseorang tu, ofkos la kita tak tahu perangai dia dengan mendalamkan? Lagi-lagi kalau kita kenal orang tu dalam internet ke, kenal dari rakan ke, kenal sebab salah dail no telefon ke kan. Pendek cerita kenal dia bukan sebab dia ada disekeliling kita. Yang mungkin kita pun tak pernah tengok rupa dia sebelum ni kan? So harusla berhati-hati. Tapi kalau kita 1st date dengan seseorang yang dulunya kawan kita dan sekarang dah jadi special, tak la perlu berhati-hati sangatkan. Contohnya kawan sekelas kita ke, kawan sekerja kita ke, yang dari kawan, tetiba jatuh cinta. Hehehe. Tapi kan even kita date dengan kawan kita, tetap rasa malu. Kan? I dah alaminya. Hahahahha..

* Jangan terlalu over!

Maksudnya tak perlu la nak dress up over, make up over, gelak over, cakap over, semuanya la. Jadi la diri sendiri sebab kalau 1st time kita jumpa, confirm la akan ada 1st impression juga kan? Kalau awal-awal, perangai tak senonoh..Alahai...Terus jadi 1st and last date..Hehehhe

Pasal dress up dan make up. Perempuan kalau nak keluar date, tak kira la 1st time ke tak, mesti perkara ni fikir dulu. Fikir apa nak pakai, sesuai ke tak, nampak cantik ke tak. I pun macam tu juga. Tapi tak perlu la over. Kalau sebelum ni make up simple je, tak payah la tetiba jadi macam opera cina plakkan. Ada orang mati terkejut nanti. Hehehhe. Dress up pun biar la kena dengan tempat yang akan kita pergi nanti.

* Pilih tempat yang sesuai.

I jenis simple. So tempat pun taknak la yang ramai sangat orang. Tapi tak la sunyi juga. I selalunya kalau 1st date ni banyak pergi makan or tengok wayang. Tengok wayang pun kurang la sebab kalau dah pergi tengok wayang, bila plak nak berbualkan? Bila plak nak mengenalikan? So pergi la makan. Kalau nak pergi taman bunga, takut la plak. Tempat-tempat sunyi ni bahaya juga. Macam-macam boleh berlaku.

* Tak perlu nak cerita semua perkara.

Bagi i benda ni penting juga. 1st time jumpa, tak perlu la nak cerita semua rahsia luar dalam peribadi anda. Memang tak sesuai dan tak patut untuk cerita k. 1st date selalunya lebih santai dengan bagitahu pasal diri kita secara asas. Kang kalau cerita lebih-lebih, mungkin orang tu tak suka. Mungkin juga akan memudaratkan kita kemudian hari. Contohnya kalau orang tu sebenarnya ada niat jahat dengan kita. Kita plak dok la cerita pasal family kita yang kaya raya or aset kita yang banyak terlampau tu. Kang ada kene rompak nanti! So tapis-tapis la bila bercerita. Tapi tak payah la nak menipu ye!

* Bagi hadiah!

Ini adalah optional.. Sebenarnya bukan apa. Tak perlu la hadiah yang mahal-mahal pun. Tapi sesuatu yang boleh mengingatkan kita pada dia, or dia ingat pada kita. Mungkin lepas 1st date tu, dah takde 2nd or 3rd date sebab dia tak suka kita kan. Tapi atleast dia ada sesuatu yang kita beri dan kita pun ada simpan sesuatu yang dia beri. Alah, kalau beli keychain yang sama pun takpe. Dia simpan satu, kita simpan satu. Wow! Tetiba rasa romantik plak. I pernah dapat bungan untuk 1st date ^_^

Erm..itu je yang terlintas dalam fikiran i. Mungkin uols ada pendapat sendiri. Pape pun, jadi la diri sendiri ye dan sentiasa berhati-hati. Even dia kawan kita sebelum ni, berhati-hati la walau sedikit. Tak rugi pun kan.. Untung lagi ada! ^_^


Comelnya la gambar. Semuanya ambil di Google


p/s: boleh tak i nak demand dengan bakal suami i nanti. Sekarang i tak jumpa lagi, nanti bila jumpa, 1st date nak ajak date kat depan Menara Eiffel la..Boleh?hahahhaa...!

0 maklumbalas: