Followers

Day 27 – What kind of person attracts you?

Sunday, March 27, 2011
Day 27 – What kind of person attracts you?

Bila i buat survey, ramai orang yang jawab soalan ni macam menjawab soalan ciri-ciri suami/isteri pilihan...
Tapi i cuma nak jawab ikut soalan. Kalau i translate, lebih kurang macam ni kot. Orang yang menarik perhatian  i or orang yang memikat hati i...

Kalau mengikut mata kasar i ni, i suke tengok orang seperti di bawah :


  • Handsome / Cantik
Lelaki yang handsome memang akan menarik perhatian pandangan wanita. Hekhekhek.. I juga suka tengok perempuan yang cantik sebab rasa macam, " Wah, cantiknya dia. Kulit mulus je. Dress up pun lawa...". Ramai je perempuan yang suka tengok perempuan lain yang lebih cantik dari mereka..Hehehe.. Tak caya, g buat survey! ^_^

  • Workaholic
Orang macam ni memang menarik perhatian i sebab dia boleh jadi workaholic. I memang tak boleh. Tapi nak je cepat kaya....Muaaahaaaaa!


  • Humble and honest. Menjaga akhlaknya
Tak kisah la lelaki atau perempuan. Kalau dia sangat merendah diri, sangat menghormati orang lain, cakap pun sopan santun je, takde asyik cakap merapu je. Lagi-lagi kalau kaya raya, tapi tak sombong. Memang la buat i tertarik dengan mereka. Tertarik untuk jadi seperti mereka.


  • Ceria and open minded
Maksudnya orang yang bila cakap tu, ada je idea dia. Pastu buat orang happy je cakap dengan dia. Tak rasa bosan langsung. Yang pandai buat lawak tapi bukan lawak bodoh. Pastu dia boleh gurau dengan kita, kita pun boleh gurau dengan dia. Tak de nak sentap mentap dan open minded.


  • Beriman
Ye. I rasa tertarik juga dengan orang yang betul-betul menjaga solatnya, ibadahnya, akhlaknya dan tidak menunjuk-nunjuk! Yang betul-betul buat kerana Allah. I ras tertarik sebab i pun cuba untuk menjadi seperti mereka. I mengaku i masih lalai dalam semua tu.. T_T



1 maklumbalas:

  1. bunga said...:

    yah,..beriman yang paling utama..ehe.