Followers

Day 23 – 15 facts about you.

Wednesday, March 23, 2011
Day 23 – 15 facts about you. 30 Hari Mencari Cinta~!


Hari yang ke 23 ^_^


Kalau nak cakap pasal fakta tentang diri i, i rasa sebelum ni banyak dah tag i jawab yang berkaitan dengan diri i. Boleh rujuk senarai berikut :


* Tag Dari Laili II
* Award dari Saya Insan Biasa
* Hooyeeeh!Tag Laaa..!
* Tag dari Kisah Kaseh dari Cahaya


Tapi untuk special day, i tulis lagi fakta tentang i k..Heheh ^_^









1. Genap la umur i 23 tahun pada hari ini 


Saya je buat 30 Hari Mencari Cinta ni bulan ni sebab bulan kelahiran i. Pastu tak sangka plak soalan yang ke 23 adalah soalan yang best untuk tahu tentang diri i. Hehehehhe


I berdoa semoga Allah memakbulkan semua doa-doa i selama ini. Amin...


Update : Semalam 23 Mac adalah hari Rabu. 23 tahun dulu, 23 Mac juga adalah hari Rabu... ^_^




2.  Tarikh lahir i (23 Mac) sama dengan Lisa Surihani



Ambil gambar dari SINI
Biodata dia pun ada kat situ




Yeay! I baru tahu sebenarnya. Tapi i sangat berbangga k. Hehehhe. Lisa Surihani lahir 23 Mac 1986. Iaitu 2 tahun lebih tua dari i. Tapi dia lagi cun and cantik dari i...huuu :(



Ok! Taknak compare i dengan Lisa Surihani.Heeehhee T_T






3. Tahun ni genap 2 tahun saya mencari rezeki yang halal


Ye. Rezeki yang halal untuk mengisi perut sendiri tanpa mengharapkan sesiapa lagi. Huuu..Sekejap je dah 2 tahun. Dah rasa nak tukar tempat kerja lain. Dah mula bosan. Hehehhe. Ada sesiapa nak tukar kerja dengan i?




4. Bawa kereta 


Bila datang angin gila, i suka bawa kereta laju-laju. Hahaha.Tapi takde la sampai overthedoses ok! I masih sayangkan nyawa i tau... Pastu i suka nyanyi bila dalam kereta. Lantak la ada penumpang ke tak. Hahahahah. Tapi kalau dah borak dalam kereta, i boleh khayal juga.hhhehe




5. Johorian


I'm so proud to be Johorian. Sekarang ni pun macam nak minta kerja kat Johor plak. Penat dah merantau kat negeri orang. Hehehehe. Kalau kahwin pun nak cari orang Johor..Boleh?Tehee.. :P




6. Belum berkahwin


Tak tahu bila nak kahwin tapi teringin. Hahahahha. Bila sampai jodohnya, i kahwin la kan? Amin ^_^



So bila sampai jodoh yang telah ditetapkan Allah, i kahwin la kan. ^_^






7. Anak kedua


Yeah! I anak kedua dari empat adik beradik Ada seorang kakak dan dua orang adik lelaki. Best juga jadi anak kedua ni. Kadang-kadang boleh jadi manja. Heee. I dah ada seorang anak buah yang sangat cute. Awesome!




8. Tahap pelajaran


Saya cuma ada Diploma dan teringin nak sambung ke peringkat degree. Teringin sangat. Moga niat i nak sambung belajar tu dipermudahkan Allah.




9. Moto hidup


Bagi i bila i susah, ada orang yang lagi susah dari i. Kalau orang tu boleh hadapinya, kenapa i tak boleh. Lagipun setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah hanya akan menguji hamba-Nya mengikut kadar kemampuan hamba-Nya itu.




10. Kalau i nak tu tandanya nak la


I selalu kata adik bongsu i tu, kalau nak sesuatu, kalau tak dapat, mula la dia sakit or buat hal. Tapi sebenarnya i sama je macam dia!Hehehhe. Masa kecik-kecik dulu i pernah tertelan butang sebab nak durian. Tak dapat durian sebab bukan musim. Pastu masa kecik juga pernah jatuh tangga yang ada 15 anak tangga tu. Masa tu sebab nak buai ke game. Tak ingat sangat. Bukan mak ayah taknak belikan, tapi masa tu baru pindah rumah. Pastu banyak lagi la yang i tak berapa ingat. Yang pastinya, bila dah besar pun masih macam tu. Bila nak beli sesuatu baju tu, tapi duit tak cukup. So tak beli la. Last-last menyesal bila balik rumah. Then bila pergi lagi, baju tu dah takde. Pastu mula la tak selera makan semua...Pastu sakit.Hahahh..Macam-macam!




11. Tak makan sangat coklat


Betulla. I tak boleh makan coklat sangat sebab nanti sakit tekak. Sensitif gitu!Heheheh. Coklat susu takpe. Masih boleh tahan lagi. Dulu masa bercinta zaman sekolah, boyfie suka bagi coklat. Bar yang besar plak tu. Pastu tak boleh makan, sedekah kat orang. Kesian boyfie. Bengang je dia. Hehheheh.. AMPUN!




12. Kereta Idaman


Masa zaman study sekolah menengah, ngidam nak kereta Honda CRV. Bila dah study kat U, ngidam kereta Honda Jazz warna pink. Sebab selalu nampak kereta ni kat fakulti. Cool gila! Tapi sekarang dapat pakai Saga BLM. Itupun dah cukup bersyukur tau. Tiap bulan nak bayar pun sesak juga.




13. Kene ragut


Yes! I dah pernah kene ragut masa memula kerja dulu. Memang kecewa sangat-sangat tau..Huuu.Tapi takpela..Benda dah jadikan. Rezeki peragut tu la. Tapi i tak halalkan ok!HUH!!




14. Romantik


Saya bukan seorang yang romantik. Ini serius ok!Hahahah. Tapi i pernah bagi orang bunga sampai orang tu terharu. Heheheh. Susah nak meluahkan dari kata-kata tapi hanya pada perbuatan. ^_^




15. Perangai gila-gila


Yeah! I ni banyak cakap dan perangai gila-gila k. Orang yang baru kenal pun i boleh gila-gila. Tapi i juga boleh jadi seorang yang sangat pendiam. Kalau orang yang rapat dengan i, diorang dah boleh tahu. Kalau i diam, ada la benda tak best dah jadi. So bila i bising, itu normal bagi diorang. Hahahahah.






Ok, memula nak start tulis, macam banyak je nak kena fikir. Tapi bila dah cukup 15, macam nak tambah lagi je. Hahahaha









6 maklumbalas:

  1. nirea nor said...:

    there's only 10 fact and saya rasa dah macam kenal kamu.hehe

  1. chenta said...:

    hahahha...maksudnye??

  1. cik hani said...:

    ruginya xsuka coklat..coklat beshhhh...

  1. chenta said...:

    tak rugi pun....dr menanggung sakit tekak kan..

  1. caHaYaKuntuM said...:

    hheehe terharu kat 23rd march tuh. jatuh pada hr rabu. huhu.

    epi belated besday dalim. semoga ko betemu jodoh yg baik2 yg hensem2 yg subur2 muahahaehe

    rindu ko lah!

  1. chenta said...:

    cahayakuntum : hahaha..asal terharu kat part tu plak??

    thanks darlin...asal la yang subur2 mesti ade?hahahha...

    aku pun rindo ko!