Followers

Day 17 – How you hope your future will be like.

Thursday, March 17, 2011
Hari ke 17!

Day 17 – How you hope your future will be like.


Erm..susah gak nak jawab soalan hari ke 17 ni. Tapi saya cuba juga jawab untuk melengkapkan proses 30 Hari Mencari Cinta ni. yeay!


Saya berharap di masa hadapan saya :


* Dapat melakukan semua rukun Islam dan rukun Iman dengan baik dan diterima Allah.


* Saya dapat sambung study semula ke peringkat seterusnya. Saya teringin sangat nak sambung sebab kelulusan dan kerja saya sekarang menyebabkan saya mudah dibuli dan saya tiada hak untuk pertahankan diri saya. Saya hanyala seorang pencacai....


* Menemui seorang lelaki yang boleh membimbing saya ke syurga, yang boleh menjadi suami yang soleh dan bapa yang penyayang kepada zuriat saya nanti jika ada. Walaupun saya tahu perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan sebaliknya, tetapi saya tetap berharap mendapat yang terbaik untuk diri saya.


* Hidup saya bertambah baik dari segi ekonomi dan hubungan sesama manusia. Saya nakkan kehidupan yang harmoni, aman dan bahagia tanpa perasaan hasad dengki, cemburu dan benci.


* Saya berharap saya masih menjadi anak kesayangan dan yang membanggakan ibu bapa saya sampai bila-bila.


Sebak plak buat entry ni. Saya berdoa semoga Allah memakbulkan semua impian dan harapan saya ini. Amin.. ^_^

0 maklumbalas: