Followers

Gastrik, Demam dan MC

Friday, February 18, 2011
Semalam petang, i tiba-tiba je sakit perut. Dahla ada meeting semalam, tambah plak network problem. Perut plak sakit. Sakit yang teramat sangat sampai i tak boleh bergerak. Tepat je pukul5petang, i terus balik rumah tapi sebelum tu sempat la i singgah 7E beli susu dan roti. Sampai rumah, i tukar baju tanpa mandi sebab tak larat sangat. Then minum susu segelas dan makan roti buat alas perut. I bila gastrik memang i tak boleh makan sangat sebab nanti confirm i keluarkan balik. Minum susu la yang boleh buat i ok. Lepas tu i baring-baring then my sis call. Lepas je dia call, i dah tertidur. Sedar-sedar dah maghrib. Maghrib i bangun jap, still sakit. I tak boleh solat, so i sambung lagi tidur. Pastu i tak pasti i sedar pukul berapa. Time tu macam ok. So i terus pergi mandi. Time mandi, sakit perut tu rasa lagi malah lebih teruk. I memang tak boleh gerak. Sakit sangat bila perut meregang. I dah la batuk dan selsema. Bila batuk dan bersin, automatik perut tertarik ke dalam. Fuh~~Masa tu. Tuhan je la tahu macamana sakitnya. Sampai menangis la i tanggung sakit tu. Lepas mandi, i tengok jap rupanya dah pukul 10lebih. Confirm la klinik biasa i pergi tu dah tutup. Lepas tu i call kawan i yang kerja nurse tu. Dia cakap confirm i gastrik dan suruh pergi klinik segera. Tak puas hati dengan jawapan dia sebab i malas sangat pergi klinik. Takut pun ada. Hahahah. I call lak kawan i yang doktor. Cakap dengan dia memang details la kan. Siap suruh i bahagikan perut i ke beberapa bahagian untuk dia tahu bahagian mana yang sakit. Lepas dah cerita semua. Dia pun kata i gastrik dan perut i cramp sebab tu i rasa sakit bila bergerak. Pastu dia tanya i stress ke. I cakap la memang minggu stress. Dia kata itu pun penyumbang kepada sakit i ni. I pun dah mula demam. So dia pun syorkan pergi klinik segera. Nak taknak, terpaksa la i pergi klinik. Member i datang rumah ambil i dan terus pergi klinik 24jam. Lama gak kat situ sebab ada ramai yang sakit. Lagipun itu kan klinik 24jam. Confirm la ramai. Doktor kat klinik pun cakap benda yang sama macam kawan i yang nurse and doktor tu cakap. Stress juga merupakan penyumbang kepada gastrik. Baru i tahu. Hahahaha.

So dapat la i ubat gastrik yang maha banyak dan juga ubat demam. Pastu doktor tanya nak MC ke tak. I cakap kerja i banyak kat opis kalau boleh taknak mc tapi tak tahu i fit ke tak nak buat kerja tu semua. So dia pun bagi je la MC. Siap tanya nak berapa hari. Hahaha. 1 Hari cukup la sebab hari ni dah jumaat. Esok lusa cuti.

I risau gak MC ni sebab anak buah i cuti. Teman husband dia interview kerja gov. So takde orang nak cover unit IT. Habis la bos-bos seksyen i mengamuk. Tapi bila fikir balik. Bagus juga MC. I kan stress, boleh hilang kan stress juga.. Lagipun kalau asyik fikir kerja, sampai bila kan? Nanti kalau sakit lebih teruk, lagi susah. Susah pada diri i dan family i.

So lepas ni kena jaga diri dengan lebih baik. Jaga makan, jaga kesihatan dan kurangkan stress. Kena habiskan ubat sebab ubat sangat mahal!Hahahha



Ubat ni sangat pahit!



Ubat ni memang i tak suka.. Tapiiii..nak buat mcamana kan...



Ubat ni dah tertumpah dalam plastik. Sebab tu chomot!



Ubat ni sikit je doktor bagi. 



Ubat ni macam smarties. Warna coklat dan sedap!Ngeee



Ni biasa la..Macam padanol


Thanks a lot pada kawan i, Merza sebab sanggup datang dari telok mas untuk hantar i ke klinik. Dah la dia tengah meniaga kedai time tu. Sorry susahkan u. Thanks pada housemate i sebab belikan i breakfast. Entah bila dia beli, tahu-tahu dia sms cakap breakfast kat dapur. Dia baru tahu i sakit pagi ni sebab malam tadi dia dah tidur.. Terharunya i. Even jauh dari family, ada gak orang ambil berat dekat i.. T_T

0 maklumbalas: