Followers

Dugaan Atau Pembalasan?

Wednesday, February 09, 2011
Sekarang ni apa yang kita buat, Allah bayar cash dengan segera. Kan? Ada yang perasan tak?

Pernah tak kita fikir setiap apa ujian yang berlaku pada kita tu, merupakan pembalasan di atas kesalahan yang kita buat. Mungkin kesalahan dengan Allah, kesalahan sesama manusia atau dengan hidupan lain. Mungkin...

Mungkin juga itu memang dugaan pada kita untuk kita lebih kuat..Mungkin juga..

Hari tu ada someone cerita pada i. Dia ada sedikit masalah dengan husband dia. Husband dia tak suka balik rumah family kawan i ni. So bila raya or cuti, asyik balik rumah family husband aje. Nak dijadikan cerita. Masa cuti CNY hari tu, kawan i ajak husband dia balik rumah family sebab sedara dia ada buat kenduri. Tapi macam biasala, husband ni bagi banyak alasan. Last-last balik rumah family husband dia. Kawan i ni makan hati la macam selalu. Then bila balik rumah family husband... Entah macamana, kereta husband dia dilanggar kereta lain masa park kereta depan rumah family dia. Rumah taman. So husband dia park kereta kat rumah bahu jalan depan rumah la. Then tetiba ada kereta lain, langgar kereta husband dia. Habis pecah lampu depan dan bonet depan. Kawan i kata teruk juga la kena. Bila nak buat report polis, polis kata husband dia kena saman dulu sebab tak boleh park kereta kat bahu jalan. Itu salah husband dia. So dah la nak kena saman. Nak ganti kereta lagi. Kawan i buat bodoh je. Tapi dalam hati tetap kata..

"Itula..Ajak pergi kenduri, balik rumah family aku, taknak. Kan dah kena!"

So kat situ kemalangan tu adalah dugaan pada husband dia or pembalasan?

Pengalaman i plak...

I tak suka kena tipu. Berterus terang je dengan i. I akan cuba untuk terima dengan baik. Tapi tak payah la tipu sebab bila tipu, i memang akan jadi sangat benci pada yang menipu tu. Hari tu ada kawan tipu i. I tak kisah pun kalau dia berterus terang sebab bukan benda besar pun dan i saje je pasal hal tu. I ni jenis ambil berat pada kawan. Kalau dia tengah dalam emosi tak stabil, i cuba tolong. Tapi i tak ambil pusing sangat kalau dia tak suka dengan cara i tu. Tapi bila dia tipu, i terus tak suka dia. Nak dijadikan cerita, lepas dia tipu i tu, kereta dia rosak. Tak boleh start. Sorry la i stalker blog dia that day. Tapi sekarang memang tak jenguk langsung blog dia lagi... Then dah la kereta rosak, bila minta tolong kat orang. Sangat la payah...

So itu pembalasan ke dugaan? Mungkin dugaan bila dia tak sedar yang dia tipu i. Tapi kalau dia sedar dia dah tipu i, mungkin dia akan tahu itu sebagai pembalasan. Kan? Mungkin la..

P/S : Semuanya cerita betul yang berlaku disekeliling i. Maaf...

2 maklumbalas:

  1. orang yg mudah menipu akan mudah kantoi....

    betul...skang dapat pembalasan secara tunai

    (^^,)❤

  1. chenta said...:

    mudah menipu mudah kantoi ye???menarik..