Followers

Bila susah, siapa yang kita pergi mengadu dulu?

Thursday, February 10, 2011
Hari masa cuti CNY, adalah masa duduk bersantai sambil tengok tv. Kalau kat rumah sewa, memang malas la nak tengok tv. Takde feel langsung!Bila kat rumah mak baru nak tengok tv. Itupun sampai tercangak-cangak sebab tak tahu cite ape tengah running kat tv. Adik-adik cakap pun, i blur je..hhahaha

Tengok tv tu, ada gak la tengok pasal motivasi islamik ni. Ustazah tu tanya, bila kita tengah susah, hati kita tak tenang, kita rasa sedih, kita cari siapa untuk luahkan perasaan kita tu? Ramai yang cari family or kawan. Tetapi kenapa kita tak cari Allah dulu? Tak salah kita nak meluahkan perasaan kita tu pada sesiapa pun sebab itu akan buat kita rasa lebih lega. Tapi luahkan la pada Allah dulu sebelum orang lain..

Allah je yang boleh dengar setiap luahkan kita dengan terperinci. Allah je lebih mengetahui semuanya. Allah juga yang boleh tolong kita untuk selesaikan masalah kita tu. So kenapa tak kita mengadu pada Allah je?

Kadang kala, bila kita mengadu pada kawan kita, mungkin itu membebankan dia sebab mungkin dia ada masalah lain juga. Kita je tak tahu. Kawan kita pun mungkin tak dapat nak bantu kita. Kita meluah kat dia pun, untuk tenangkan hati kita. Betul tak? Tapi mungkin luahkan kita tu, jadi masalah pada dia plak. Mana tahu...

So bila i dengar macam tu, terus i tanam dalam hati i, walau apa pun yang terjadi, i akan mengadu kat Allah dulu. Minta petunjuk, minta dipermudahkan urusan, mohon untuk membantu i... Uols pun buat macam tu tau ^_^

0 maklumbalas: