Followers

Show off ke publish?

Tuesday, January 11, 2011
Mungkin ada readers yang pernah terbaca entry seperti ini di blog 100penulis.

Penulis entry itu adalah i sendiri. Masa tu tengah datang idea, terus tulis dekat sana. Lagi pun masa tu hari untuk i posting entry. Now baru teringat nak copy paste kat blog sendiri. Harap ada yang tak kisahla ye. ^_^


Blog tempat untuk show off??

I pasti seseorang tu memula buat blog, tujuannya adalah sebagai diari. Tapi ada gak buat blog sebab kawan dia ada blog la, sebab duit la, sebab nak glamor la dan macam-macam sebab lagi. Tapi i nak yang sebab utama ada blog adalah nak ada diari online gitu. Lain-lain sebab i TAKNAK!Hahahha. Boleh gitu? Boleh la ye sebab i yang tulis entry ni. Ok..ok..Kembali semula..

I memula ada blog sebab nak tulis diari secara maya plak. Penat asyik tulis dalam buku. Tiap tahun nak kena beli buku baru. Dah tu masa study bukan ada duit sangat asyik nak beli diari tiap tahun. So bila ada blog, apa-apa yang berlaku dalam hidup, semua nak ditulis. Tak kisah la kisah sedih ke, kisah gembira ke, beli pape barang baru ke, pergi melancong kat mana-mana ke. Semua la sekali! Even awal-awal ada blog tu, bukan ada readers pun. Tapi rasa best je tulis sebab pape pun kita boleh tulis.

Lepas tu readers makin lama makin banyak. Ada yang follow blog kita, ada yang komen blog kita, ada juga yang jadi silent reader. Bila dah lama-lama baru la nak mengaku si silent reader ni. Tapi ada gak yang taknak mengaku pastu bila komen guna nama annoy..

Kita plak dari tulis pasal diri, tulis plak pasal tutorial itu ini, tulis pasal iklan itu ini, macam-macam lagi la..Malas nak tulis semua sebab nanti ramai je terasa. Hehehehe. Tapi i buat juga semua tu tau!Hahahaha. So bila topik dah meluas, readers pun dah ramai. Time tu, apa yang kita tulis, akan jadi serba tak kena pada sesetengah readers ni. Pastu komen macam-macam. Pastu terus kata kita show off!

Show off sebab tulis pasal barang-barang yang kita baru beli, tunjuk baju yang kita pakai, tunjuk kita study mana, tunjuk kita kerja sebagai apa, tunjuk berapa banyak pengiklan bagi duit kat kita sebab siar iklan kat blog dia. Macam-macam lagi la..

Tapi niat kita tulis tu bukan la sebab untuk show off kan? Kita tulis sebab blog tu kan diari kita. Kalau kat diari pun kita tulis semua tu apa? Bila kita tulis, boleh jadi rujukan masa hadapan. Kita boleh tahu bila kita beli barang tu, bila kita pergi tempat tu. Cuma bila ada orang yang tak berapa nak suka ni yang fikir bukan-bukan dan cakap kita macam-macam.

Kita hanya "publish" bukan "show off". Rite??

I paling tak suka orang macam ni then bila dia cakap macam tu, lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii laaa i nak tulis banyak-banyak. Biar dia sakit hati. Hahahaha..

Pendapat uols plak macamana??


P/S : Cuba bayangkan button PUBLISH POST bertukar jadi SHOW OFF. Agak-agak nak tekan ke tak?Hehehhe ^_^

1 maklumbalas:

  1. Queen said...:

    hahaha..orang sentiasa ada pendapat berbeza..ape boleh buat...buat donno saje...hehhe

    ade orang kata blog saya tu asyik tak puas hati dgn orang je...

    habeh...dah saya perlukan tempat utk meluahkan rasa tak puas hati saya..kat blog la tempatnya..kang kalau suruh die tadah tinge takut tak nak dengar pulakkan.. jadinya duat donno je..hihi