Followers

Setahun sudah awak dan saya..

Saturday, January 01, 2011
Ini adalah kisah cinta seseorang...



Dah setahun dah kita bersama awak. Macam-macam dah kita lalui bersama tak kira susah atau senang, duka atau suka, sedih atau gembira. Semuanya kita lalui bersama. Bila difikirkan semula, saya tak sangka pun kita akan kekal sehingga kini. Yelah, kita selalu je gaduh. Kadang kala benda kecil dan tak masuk diakal langsung pun boleh jadi pergaduhan. Sampaikan kawan saya kata saya ni queen drama!Hahahah. Yelah, bila kita gaduh, saya nanges. Pastu saya tulis kat status FB saya yang saya sedey. Saya nanges. Sebab tu kawan saya cakap macam tu. Ratu drama, ratu airmata! Takpela. Kawan saya tak tahu pun kenapa saya nanges, so terpulangla pada diorang nak cakap apa. Saya jarang nak cakap pasal kita pada kawan-kawan saya. Sebab saya rasa macam tak patut je nak cerita semua tu. Benda tu kan peribadi. Betul tak awak? Cuma hari ni je saya cerita sikit. ^_^

Harap awak tak marah ye..

Sepanjang setahun ni, kan dah macam-macam kita lalui kan? Tapi ada beberapa perkara yang saya takkan lupa sampai bila-bila.. Perkara yang bila saya teringat, boleh buat saya terharu dan sedey.

Awak ingat lagi tak masa kita memula kenal. Saya tak tahu pun awak siapa sebenarnya. Awak je tahu saya siapa. Pastu perkenalan kita menimbulkan masalah pada awalnya. Habis saya kena serang dengan "kawan awak" tu. Tak cukup dekat hp, dekat blog pun saya kena serang. Tapi saya lebih suka diam sebab itu masalah antara awak dengan dia. Saya taknak masuk campur langsung.

Dulu saya pakai line telefon lain, awak lain. So bila msg and call memang agak mahal la kan. Tapi awak sanggup je call lama-lama. Mungkin sebab nak mengurat kot. Hehehhe. Awak siap cakap suara saya macam someone bagi awak. Sekarang agak-agak masih sama tak?Hehehehe

Banyak lagi kisah best, tapi taknak la cerita semua. Hehehe. Malu~~!

Hah! Awak ingat lagi tak masa saya kursus lama tu? Tempat kursus saya tu takla dekat sangat dengan tempat tinggal awak, tapi boleh la kalau nak jumpa hujung minggukan?Tapi saya rasa selalu je awak datang tempat saya. Kesian awak, balik kerja, terkejar-kejar terus jumpa saya. Bila saya kata makanan kat hostel tu tak sedap, jap lagi mesti awak datang. Bawa saya pergi makan luar or fastfood. Ada suatu hari tu awak balik kerja macam biasa. Pukul9malam. Pastu awak bawa anak-anak buah awak pergi pasar malam. Tetiba saya minta nak jagung rebus. Awak plak tahu yang itu kegemaran saya. Saya gurau je time tu. Tapi tak sangka, lepas sejam, awak suruh kuar jap dari hostel saya. Saya macam pelik-pelik. Rupanya awak dah ada kat depan hostel. Datang semata-mata nak bagi jagung rebus. Ya Allah.. Saya gurau je, tak sangka awak datang. Jauh plak tu nak datang hantar. Lebih kurang 40minit kan? Terharu sangat masa tu sampaikan nak makan jagung tu pun sayang..Huuu..

Pastu ada sekali tu, saya kat sini. Awak kat sana. Saya masa tu memang sibuk sangat dengan kerja sampaikan saya tak jaga kesihatan saya dengan baik. Then saya kena gastrik teruk dan demam. Bila awak call, suara saya lemah sangat. Saya rasa saya menanges time tu sebab tak tahan sangat sakit. Awak balik kerja kul9malam, terus datang jumpa saya kat sini. Perjalanan 3jam tu bukan dekat awak. Tapi awak sanggup datang semata-mata nak belikan saya ubat dan makanan. Bila saya dah ok sikit, baru awak balik sana semula. Sampai sana terus bersiap untuk pergi kerja plak. Tak tido pun. Kesian awak time tu...

Banyak lagi yang awak buat untuk saya. Saya sendiri tak mampu nak buat macam tu untuk awak. Itu belum lagi bila awak sanggup susah payah masak untuk saya. Patutnya saya masakkan untuk awak. Dah terbalik plak.

Awak, saya tak perlukan harta benda atau wang ringgit. Saya cuma perlukan kasih sayang dan perhatian dari awak. Dan awak memang dah bagi yang cukup untuk saya. Terima kasih banyak-banyak awak. Terima kasih  untuk setahun ini. Terima kasih! Saya sayang awak seperti mana awak sayang saya.  ♥ ♥ ♥

3 maklumbalas:

  1. Niena Ainina said...:

    bertuah awak dpt BF cam tu. semoga terus kekal. :)

  1. MiSsyLiLy said...:

    so sweet dear...
    who's d lucky one??
    heee~

    i'm back!!

  1. true love is beautiful...