Followers

Semuanya Memang Tak Sempurna!

Tuesday, January 25, 2011
Ini kiranya sambung entry semalam. KLIK SINI

Semuanya tak pernah sempurna. Diri kita sendiri tak sempurna. Hidup kita juga tak sempurna. I lebih suka anggap tidak sempurna berbanding kelemahan atau kekurangan.

Orang yang hidupnya susah, selalu mengimpikan untuk hidup senang dan mewah. I pun kadang-kadang terfikir gak..

"Bestnye kalau kaya, banyak duit. Macam-macam boleh buat dan beli.."

Bila nafsu bermaharajalela, macam tu la jadinya. Terlupa sebentar erti kesyukuran.

Tapi orang yang kaya dan senang itu, tak semestinya hidupnya mudah. Allah menguji hamba-Nya dalam banyak cara. Dan setiap ujian itu adalah mengikut kemampuan hamba-Nya sendiri. Pernah dengar yang orang miskin lebih mudah masuk neraka sebab dia tak bersyukur dengan apa yang dia ada dan orang kaya pun mudah masuk neraka jika salah menggunakan harta kekayaan yang dia ada..

Panjangnya mukadimah. I jarang nak bercakap panjang melainkan ada benda yang dalam hati i ni yang menyebabkan i taip panjang berjela ni. Huhuhu. I nak cerita beberapa pengalaman.. Bukan pengalaman i tapi diceritakan terus dari i juga dilihat dari mata i sendiri.

Pertama, seorang lelaki ni, kerjanya bagus. Kira tidak la kaya tetapi cukupla rasanya untuk keluarganya. I pernah jumpa isterinya. Dia dan isterinya merupakan orang yang kuat agama juga. Dia selalu buka bacaan al-Quran time kerja. Pagi-pagi i mesti dengar dia baca doa. Tenang je hati i ni dengar. Tapi bila i dah kenal lamna, walaupun kita nampak hidupnya lengkap dan "sempurna", rupanya sudah bertahun dia berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Sama juga dengan seorang doktor lelaki yang i kenali. Doktor yang berpangkat agak tinggi tetapi tidak dikurniakan zuriat walaupun sudah 10tahun berkahwin. Anak itu rezeki yang paling mahalkan? Tapi nak buat macamana. Mereka belum dikurniakan rezeki yang mahal tidak ternilai itu.

Kedua, berkenaan dua orang doktor wanita yang i kenal. Mereka juga doktor berpangkat, yang mempunyai pengalaman yang sangat luas! Yang seorang tu, husband dia pun doktor dan juga menulis buku kesihatan. Bila i berbual dengan dia, rupanya husband dia buat buku tu sebab family dia banyak meninggal sebab kanser. Salah satu buku tulisan husband dia ialah berkenaan dengan cancer. Memang ramai dalam family doktor ni dan husband dia meninggal sebab cancer. So diorang berharap sangat diorang dapat menyampaikan ilmu sebanyak mungkin supaya orang lain dapat mencegah dari kanser.

Pasal doktor wanita seorang lagi tu, dia nampak lebih bersederhana dan pendiam je. Nampak macam sempurna juga sebab dia ada anak, suami yang baik, kerjaya yang bagus sebab sekarang dia sedang buat praktikal kat tempat i bagi master doktor yang dia buat. Tetapi rupa-rupanya anak dia seorang sindrom down dan seorang lagi jantung berlubang...

Banyak lagi kisah tapi dua kisah ni je dah cukup buat i banyak sangat fikir. Uols pun boleh fikir banyak perkarakan?


P/S : Maaf kalau apa yang i taip di sini, ada yang tidak bersetuju dan tidak boleh menerimanya. I bukan sengaja, ini cuma lahir dari hati i, turun ke jari jemari i.. Maaf dipinta sekali lagi...

6 maklumbalas:

  1. kun said...:

    huhu tol tu..
    insaf kejap .

  1. chenta said...:

    kun : kau rasa aku lain ke skrg?huhhu

  1. kun said...:

    ko lebih matang. pandang ke hadapan. mcm ada somtehing happened yg buat ko jadi kuat camni. tol la aku rs ko mcm makin kenyal..strong inside.

    [^ _ ^]syk ko tetibe huhu..

  1. Cik Ima said...:

    tiada manusia yang akan sempurna hidup di dunia ni awak. mesti ada dugaannya. kan :)

  1. chenta said...:

    kun : pengalaman yang buat aku jd mcm ni kun...memang memula aku rasa terbeban sangat semua masalah yang aku hadapi sekarang..tapi makin lama, makin banyak yang aku belajar, makin kuat hati aku untuk terima semua ni..

    kun, aku tak kuat sebenarnya..tapi aku terpaksa jadi kuat..aku masih seorang yang lemah...yang langsung tak matang....

  1. chenta said...:

    cik ima : yeay...tapi jangan la memandang ketidaksempurnaan seseorang itu sebagai sesuatu yang sangat buruk..efek dia sangat besar!