Followers

Menilai Terlalu Cepat Sehingga Hilang Nilai Yang Baik

Thursday, January 27, 2011
Entry ini juga berkaitan dengan entry yang lepas. KLIK SINI

Entry lepas berkaitan dengan Semuanya Memang Tak Sempurna.

Tahu tak bila ada 10 kebaikan dalam diri kita, means ada juga 10 keburukan dalam diri kita.. Sedar atau tak, benda tu memang ada. Kalau anda kata diri dan hidup anda memang lengkap serba serbi, cuba anda tanya 100 orang, apa tentang diri anda yang mereka tidak suka. Confirm akan dapat lebih dari 10 keburukan!

Ada orang menilai orang pada pandangan pertama. Lepas tu dia terus jatuh hukum andai orang tu buruk pada pandangannya. Bila orang dah tak suka, dia memang akan nampak keburukan tu tanpa nampak apa-apa kebaikan pada orang tu. Sedangkan semua orang ada kelebihan masing-masing! Kadang kala yang baik pun akan dipandang buruk. Benda ni memang nyata dan kita akan alaminya dalam kita tak sedar.

Kita takkan dapat puaskan hati semua orang dan kita tak mampu untuk nampak baik pada depan semua orang yang baru kita kenal. Kadang kala kita rasa baik dan orang yang kenal kita pun akan rasa baik, tetapi orang yang baru kenal kita, boleh fikir benda tu buruk. Kita memang susah nak halang orang yang suka menilai terlalu awal ni sebab bagi dia, memang kita tiada nilai yang baik pun..

Ada orang cakap dengan i tadi,

Apabila orang tu dah mula menilai kita buruk dari awal, mungkin disebabkan kita pernah buat satu kesalahan atau dia memang nampak diri kita buruk, walaupun seribu kebaikan yang kita buat, dia tetap takkan nampak! Dia cuma akan ingat satu kesalahan tu. Jadinya even kita buat banyak kebaikan pada dia pun, ia takkan dapat menutup keburukan kita tu. Tapi bila dia nampak kita baik, dia senang dengan kita, beribu-ribu kebaikan yang kita dah buat pada dia, tetapi bila sampai satu tahap, kita terbuat salah dengan dia, beribu-ribu kebaikan yang kita buat tu, automatik hilang! Dia cuma akan ingat keburukan tu je..

Macam berkawan juga. Apabila kawan baik kita mengkhianati kita, automatik dia jadi musuh kita. Padahal bertahun-tahun dia jadi kawan baik kita. Sama juga bila di awal perkenalan, kawan kita tu dah buat kita menyampah, sampai bila-bila kita rasa menyampah. Padahal macam-macam dia buat yang baik, yang kita tak sedar, tak nampak dan tak hargai langsung!

Pengajarannya, jangan terlalu cepat menilai orang dan seimbangkan la penilaian kita pada seseorang. Tak semestinya dia pernah buat jahat pada kita, kita terus anggap dia jahat. Mungkin dia ada sebab tersendiri yang kita tak pernah cuba untuk tahu dan paham..

P/S : Haishh..Sampai bila i nak jadi mangsa ni?? I letih la... :(

4 maklumbalas:

  1. caHaYaKuntuM said...:

    manusia unik. pemikiran lain2. hati lain2... yang penting positive positive positive. huhu..

    [^ _ ^]

  1. chenta said...:

    cahayakuntum : wah..aku setuju dengan kau! ^_^

    tapi nak jadi positif tu bukan senang..

  1. Akasia Holiday said...:

    positive thingking jek... jadik apa kata kalau nak meriliskan tensi, bercuti ke Melaka...
    http://melaka-destinasi-bajet.blogspot.com

  1. chenta said...:

    akasia : dah tentu sy duduk kat melaka..hari2 cuti..hehehe