Followers

Lafazkan Khalimah Cintamu..

Friday, January 28, 2011

Minggu ni sibuk menghabiskan baca novel Lafazkan Khalimah Cintamu yang ditulis oleh Siti Rosmizah. Novel ni cuma dijual secara online oleh syarikat tuan penulis tu sendiri dan kedai buku Popular. Kedai lain takde. Novel ni buat i tidur lewat selalu pastu leka yang teramat sangat!Hahaha.

Hari tu i pergi umah kazen i, pastu sambil-sambil tanya novel sebab bosan tak buat ape. Nak jahit manik pun takde mood. So kazen i suruh la baca novel ni. Dia siap pesan supaya sediakan tisu or kain bila baca novel ni. Syahdu katanya. Hehehehe

Ternyata novel ni memang penuh dengan emosi. Sekejap i nanges, sekejap i ketawa macam nak rak. Kalau part lawak tu memang ketawa gila-gila. Part nanges, uwaaa...Sentap! Kalau ada orang lain tengok i baca novel ni, mesti dia cakap i gila. Hahahaha

Sesiapa yang tengah nak cari novel tu, baca la novel ni.

Update : Ada orang minta i tulis sinopsisnya...Sinopsis dari buku juga..heheh

Tengku Aqilah, seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupan seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengki Hisham, memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi kasih seorang bapa dan janji kepada arwah mama tersayang, Tengku Aqilah akur. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus.Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya sedangkan mereka terpaksa berkahwin disebabkan syer syarikat keluarga.

*Gambar ambil dari website SR Production*

6 maklumbalas:

  1. deatH_luVer said...:

    tulis le sinopsis nyer sya..
    leh gak tau camne..

    *baru je beli novel RAM semalam..RAYYAN FANTASI..besh!

  1. chenta said...:

    dah update dah..hehehe

    i beli novel lg...rindu milikku

  1. Cik Aien said...:

    my friend dh bace! mmg best! tp aien xbace lg. sabaar, hbiskan final :)

  1. chenta said...:

    bestkan????tp penulis novel ni baru keluar 1 novel la..huuu

  1. uMi KaLtHuM said...:

    wawawa umi baru pinjam buku ni dari membe tapi belum ade mase nk bace..huhuhu~

  1. chenta said...:

    cepat baca umi...jgn lupe lyn perasaan tau..heheh