Followers

Tourist Guide!

Monday, December 13, 2010
Serius ok!I teringin nak jadi tourist guide. Sejak i duduk Melaka ni, i selalu je jadi tourist guide pada kawan-kawan i. Tak kira la kawan-kawan lama atau kawan-kawan baru. Ada kawan i orang Melaka pun tak tahu jalan Melaka, then minta i tunjuk jalan. Hehehhe. Tapi i suke dan rela hati tau! I jarang nak jalan-jalan. Bila diorang minta tunjuk jalan, time tu la baru i berjalan. Keluar time tu akan jadi lebih best sebab keluar dengan kawan-kawan berbanding keluar seorang. Bosan tau keluar sorang ni!

Pastu kan, setiap kawan tu ajak tempat yang berbeza. Macam hari tu masa slay datang, dia nak makan-makan je. So bawa pergi JJ baru tu. Itu pun sebab dia nak cepat. I malas bawa jauh-jauh. Melaka kan dah pandai jammed sekarang. Menci! :(

Then bila keluar dengan jimy and anne, diorang nak main air kat wonderland tu. So i pun join juga main air even tetiba baru i sedar i penakut air!Hahahah. Sempat juga bawa diorang pergi minum coconut shake. Nyummy!

Then masa kawan-kawan belajar i dulu turun Melaka, diorang nak jalan-jalan Melaka waktu malam. So bawa la pusing-pusing Melaka. Diorang suka ambil gambar. So bawa la tempat sejarah kat bandar tu. Tempat yang cantik untuk posing. I loikee!

Kelmarin plak Ted and geng turun. Hari tu diorang kata nak makan kat ikan bakar. Tapi kelmarin planning diorang agak berubah dan tak cukup masa. So tak sempat la nak pergi ikan bakar. Bawa la diorang pergi makan asam pedas. Melaka kan glamor dengan asam pedas! Dulu ada member i dari KL, sanggup turun Melaka semata-mata nak makan asam pedas kat situ. Fuh~~Asal entah. I pun tak tahu..

Macam-macam tempatkan ada? Dulu i ingat Melaka ni popular dengan A Famosa dan bangunan merah tu. tapi sebenarnya banyak tempat menarik tau. Ada yang i tak pergi lagi macam taman bunga, taman rempah, taman rama-rama, perigi hang tuah. Eh!banyak plak. Tak boleh jadi ni!Siapa nak turun Melaka? Meh pergi semua tempat tu sama-sama!

Lupa plak, hari tu i nampak tourist guide yang cakap-cakap dalam bus tu. Rasa macam best plak. I nak jadi macam tu la. Tapi kawan  i kata, keje macam tu takde cuti. Macamana ni???

P/S : I bawa kereta laju ke? Selama ni i bawa kawan-kawan i tak pernah sesat. Tapi kelmarin boleh sesat plak. Ke jalan Melaka ni semakin sesak dan complicated??

4 maklumbalas:

  1. TeD said...:

    muehehe... shaq kate dye terikut saga yang lain..!! =D

  1. Queen said...:

    Asam pdas best..dekat kota laksamana tu kan..
    nasi beriyani sedap..kat ujong pasir tu kan..
    ikan bakar sedap..dekat umbai la kan..

    Tapi paling sedap....dapat lepak kat klebang...yang sedihnya...klebang sekarang dah tak best..huhuhuhhuhuhu...sedey2

  1. chenta said...:

    huhuhu...kene pasang reben kat kete la...mcm org konvoi selalu tu :P

  1. chenta said...:

    ye..asam pedas kat kota laksamana tu la..tp sis biasa pergi yg mane?yg claypot or pokok besar?

    ikan bakar selain kat umbai, kat muara pun sedap!

    hah!org suke lepak klebang ptg2..mkn laksa penang n minum abc kat satu kedai ni..marveles gile!tp skrg kalau nk pergi pantai, pergi pantai puteri je la...klebang dah jauh sgt dr laut..

    sis rajin turun melaka?