Followers

Majlis pernikahan....

Saturday, December 04, 2010
Semalam tunjuk entry kad kahwin.. Ni majlis nikah plak..Siapa yang kahwin sebenarnya ni?

Jeng..jeng..jeng!


Sebenarnya bff i masa study dulu kahwin. Bff ni nama Lynda. I suka buat Lynda sedangkan nama dia Linda. Hehehhe. Dulu mase kat UTHM, kami empat sekawan memang amat rapat. Ke mana-mana memang selalu bersama. Makan, study, pergi kelas, grouping assignment, shopping, tengok wayang.. Semuanya bersama. Pastu makan pun sama-sama, makan sepinggan, semangkuk, suap-suap.. Itu biasala.. Pernah juga kami berempat ni tido katil bujang tu sama-sama! Boleh bayangkan tak sempit macamana kami tido. Tapi dari malam sampai ke pagi tau kami tido macam tu. Macam selesa plak. Huhuhu.

Then i dengan dia sekampung iaitu kat Kluang. Cuma rumah dia jauh sikit la dari rumah i. So kitorang memang selalu balik sesame. Tapi i turun depan taman i. Dia plak kena pergi bustand dan ambil bus ke rumah dia plak. Kadang sampai tertido-tido dalam bus. Bila dah nak dekat rumah i, kelam kabut la i nak turun. Dia la kena tolong.. Rindunya zaman dulu...

Pasal boyfriend plak, kami berempat memang ada bf masa tu. Acu yang memula sekali ada sebab dia dengan bf dia tu sejak sekolah lagi. Sampai sekarang tau masih bersama! Cuma belum ke jinjang pelamin. Then i plak ada bf. Itupun dengan classmate juga. Tapi hubungan i dengan bf i tu tak lama. Masa praktikal, kami putus. Then Lynda dan Jaja pun ada bf masa study. Cuma diorang lambat sikit dari i. Tapi hubungan Lynda yang tamat awal. Pastu Jaja pun dah tak couple dengan bf dia lagi. Cuma Acu la yang masih kekal. Tapi sekarang, Lynda juga yang kahwin dulu.

Tadi masa ucap tahniah dengan dia, sempat lagi usik dia kahwin paling awal antara kami. Dia cakap dia sendiri pun tak sangka. Takpela. Dah jodoh dia kan. Tadi kali kedua i mengalirkan airmata kat majlis pernikahan. 1st masa my sister kahwin, sekarang masa bff Lynda kahwin. Rasa sebak plak. Kenangan lama berlegar semula dalam minda dan ruang mata i. Cewah ayat i hari ni!Hahahhaa. Tapi serius la. Memang sedey dan tak sangka semua ni berlaku...

Banyak betul kenangan dengan bff. Sekarang masing-masing dah buat hal masing-masing. Lynda plak dah bertukar status dan bertambah tanggungjawab. I plak.. Tak tahu la masa depan macamana.

Pape pun, buat Raja Aslinda, Alhamdulillah dan Tahniah kerana telah selamat menjadi isteri kepada Mohd Khir. Semoga kau dengan dia, akan bersama di dunia dan akhirat. Aku doakan kebahagian kau sebab kau memang layak untuk kebahagiaan ini setelah apa yang kau alami dulu. Aku sayang kau sangat-sangat sampai bila-bila! Sayang kau, Lynda!



Dapat la i merasa jadi pengapit dia masa nikah!

Gambar banyak lagi, tapi cukup la i bagi yang ni ye ^_^

2 maklumbalas:

  1. chenta said...:

    hari ni dia sanding, lagi cantik!