Followers

Just a small world!

Saturday, December 11, 2010
Dunia ni memang kecil je. Pusing-pusing, orang tu yang kita jumpa balik...

Hari tu masa majlis kahwin kawan i si Lynda tu, i ternampak seseorang yang mukanya macam kawan baik i masa sekolah dulu. Nak tegur, tapi jauh. Takut salah orang pun ada. Lagipun i nak pergi makan dulu. So abaikan je la.

Then lepas makan, i masuk dalam rumah. Ternampak orang i tu dari dekat. So g la tegur dia. Nasib baik betul yang dia tu kawan baik i masa sekolah. Nama dia Fida. Dulu kat sekolah pun i ada geng sendiri. Anggota 4 orang. Sama macam masa dip. 4 orang tu antaranya Fida, Linda (bukan Lynda yang kahwin tu), Sumaiyah and I.

I tanya dia macamana dia boleh ada kat situ. Dia cakap yang kahwin tu, adik ipar kakak dia. What a suprise!Rupanya kawan i Lynda tu, ada hubungan dengan dia la. Kakak Fida kahwin dengan Abg Lynda. Dulu masa majlis perkahwinan abg Lynda tu, i ada datang majlis tu. Tapi tak ternampak la Fida tu sebab masa tu belum sampai waktu bersanding. So takkan la pihak perempuan dah ada kat situ kan. So sekarang la baru tau. Dia pun terkejut bila tahu Lynda tu kawan baik i masa dip. Sungguh tak sangka.

Itu yang 1st la. Lepas tu masa bersanding, i tengok pengapit lelaki. I kenal dia! Dia kawan i masa sekolah. Tapi kawan jauh la sebab dia senior. Ada seorang kawan i yang suka kat dia. Huhuhu.

Tak sangka majlis perkahwinan Lynda tu, buat i jumpa semula orang-orang yang i pernah kenal dulu, yang dah lama lost contact...Macam jejak kasih plak...hehhehe

0 maklumbalas: